Monday 30 December 2013

Taiping Lagi.....- part 3

Part 3

Pkl 11 pagi kitorang dah berkumpul di taman permainan kat Taman Tasik. Bermulalah expidisi meronda bandar Tepeng. Kami ambik gambar sekitar Taman Tasik yg indah itew.







Eh eh..kumpulan panca sitara pun ada ker ? Tapi nape nampak mcam dah kembang2 jer ...hahaha. Inilah diantara ahli2 konvoi yg dah bergelar bini orang dan mak budak  hehehehe...

Bila dah habis posing kat sekitar taman tu ,kami beralih pulak ke perahu kayuh kat Taman Tasik. Budak2 tu seronok ler dapat naik perahu tu. Perahu berbentuk angsa putih pun ada. Tiketnya pun tak ler mahal. Seekor angsa boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak dengan harga RM12. Memang oklah harganya. Antara harganya RM20 utk 4 orang dewasa dan RM50 utk 6 @8 orang ,aku pun dah lupa la pulak. Korang servey sendiri lah yerk hehehe.Setiap perahu ni boleh naik selama setengah jam . Tapi mmg puas hatilah.Walaupun naik lebih masa pun mereka tak pulak  bising.. Yang pasti kebanyakkan nyer diorang hanya naik 1/2 jam jer kerana tak larat nak mengayuh.

Anak2 aku pun tak lepaskan peluang utk menaiki perahu angsa tu. Ini adalah pengalaman pertama mereka. Memang mereka teruja. Kat sini jgk disediakan life jacket utk keselamatan.

orang tua ni pun naik jugok ko ???anak tak minta tapi ibu pulak yang lebih2 ahahahaha
Masa utk anak-anakku menaiki perahu angsa dah tiba. Dengan penuh semangat diorang berjalan menuju ke Angsa putih itew.Bermulalah penjelajahan mereka kat tasik tu. Hampir 40 minit diorang mengayuh. Dah tu akhirnya mereka mengalah jugak kerana penat sangat2. Matahari pun dah menegak atas kepala. Aku tengok baju mereka basah dengan peluh. Kesiannyaaa.. Bila group konvoi dah selesai penjelajahan kat Taman Tasik     tu kita berpisah dan balik homestay masing. Petang nanti baru pergi kenduri kawin tu. Aku balik rumah dulu utk berehat jap.




Jam 4 petang kami sampai kat Majlis kenduri itu. Mungkin kami adalah tetamu terakhir kut sbb majlis tu dah tak ramai tetamu. Kalau di Kelantan waktu ni adalah masa paling sibuk sbb tetamu lebih suka datang waktu petang .  Aku mndapat tahu abang2 ku dah bertolak balik ke Kelantan. Kami tak sempat jumpa dgn diorang.

Pengantin perempuan adalah sedaraku. Pengantin bergambar bersama Bapa Saudara




Ini adalah ibu saudara dan nenek pengantin jgk saudaraku 

Dibawah ni adalah gambar sepupu-sepupuku sebelah ayahanda ku yang tinggal kat Perak.Yang baju coklat tu adalah ayah pengantin perempuan. Untuk Abg Bakar dan Kak Zah , tahniah kerana mendapat menantu yang pertama . Dan utk ELLA , selamat pengantin baru dari kami sedara dari Kelantan . Semoga di panjangkan jodoh dan bahagia hingga ke akhir hayat ,insyaallah...aminnn.



Inilah suasana majlis yang dah tak ramai tetamu. Kami jer yg menyibuk 


Inilah keluarga kesayangan ku yg dah kenyang dan balik dengan penuh semangat hahahahaha. I'M ALWAYS LOVE YOU ALL.......muaaahhhhhh


Hoi korang ....adam ni nak tinggal ke?? Wahhh dah kenyang lupa adik adam pulak ya huhuhuhu

Petang tu balik dari kenduri,kami teruskan rancangan kami untuk makan mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang. Orang cakap kalau datang sini mesti singgah kat Kuala Sepetang. Perjalanan kami kesana ambil masa lebih kurang 45 minit gitu. Namun hampa sbb no parking. Orang terlalu ramai.Parking kat tepi jln pun dah penuh dengan berpuluh2 biji kenderaan.Takkan aku nk parking 2 km pulok. Dan juga masa tu hujan lebat sgt. So kami pun batalkan hasrat kami untuk makan Mee Udang Mak Jah tu.Frust menunggeng aku dan anak-anak huhuhu.

Dalam perjalanan balik homestay kami singgah kat Pasaraya Econsave. Kami beli bekalan sikit utk perjalanan balik esok. Lepas shopping terus balik. Dalam hati masih tak puas hati sbb kempunan Mee Udang Mak Jah. Untuk mengubat hati yg lara ni kami nak pi cari Yong Tau Fu tepi balai Bomba kat Tepeng. So kami pun pi lah cari tempat tu. Ingatkan senang nak cari ,rupanya jenuh pusing tp tak jumpa jgk. Lastly anak buahku guna GPS. Aku pun follow jer keretanya. Rupa-rupanya lagi jauh lencongnya hingga sampai Air Kuning. Aduiiiii sesat lagi. Aku cuba guna GPS aku plk dan akhirnya jumpalah tempat yg dicari itew .Lega rasanya.



Kami sedang menjamu selera dgn penuh selera

Sampai jer kita terus order Yong Taufu dan lain2. Kami menjamu selera dgn penuh nikmat. Kakakku tak ikut serta kerana suaminya demam. Kesian jgk sbb Kak Ani lah yg excited nak makan Yong Taufu tu. Tapi tak apa kita tapau untuk mereka.




Yong Taufu dan ABC femes

Perut dah kenyang dan hati dah senang so bayar terus balik . Dalam perjalanan balik,sekali lagi aku diuji. Kami SESAT lagi...Hampir 12 baru sampai rumah. Sampai rumah Kak Ani dah pun tidur. So kami pun terpaksa tidur awal sbb esok dah nak bertolak balik.

Jam 8 pagi kami bertolak balik ke Kota Bharu .Dalam perjalan balik kami ronda jap bandar Kuala Kangsar. Ingatkan nak singgah makan kat pasar tepi Sungai tu ,tapi penuh .Parking pun tak der maklumlah kebetulan hari minggu so ramailah pengunjung kat area tu. Kami pun teruskan perjalanan  ke destinasi  kami iaitu Kota Bharu.








Alhamdulillah...kami selamat sampai rumah jam 5 ptg itu pun sempat singgah shopping kat Rantau Panjang hehehe.....maaf yerk sbb ayat-ayat dalam enry aku berterabur maklumlah aku ni bukan penulis pro hehehe.The End....



No comments:

Post a Comment