Wednesday 25 December 2013

Medan - Part 10

Part 10

Lebih kurang pkl 1 tegahari, sampailah kat Medan. Pak Supir bawak kitorang ke Fashion Outlet. Kat sini biasa2 jerlah. Harga pun sama dgn tempat kita jer. Aku tak lama kat sini dn tak beli apa2 pun.


Biasalah hubby lah yg akan jd mangsa utk brgambar

Snap dlm Fashion Outlet
Pak sopir terus bawa kitorang ke kedai telekung.Katanya murah tp bila aku compare dgn pasar ikan ,harganya lebih murah kt pasar ikan. Aku belilah jgk kain batik dan kain baju pasang utk raya sekali.Bila siap semua kitapun keluar utk ke kereta tp diserbu pulak dgn penjual2 kaki lima kat situ. So aku terpaksalah jgk beli beg kain dgn harga RM3 saja. Lagi murah dari pasar ikan.


Akhir sekali Pak Supir bawa kami ke Istana Maimon. Kami bergambar sakan ler. Pak Supir mangsa menjadi tukang tangkap gambar hehehe. Kalau korang nk kenal Pak Supir kitorang,tengoklah gambar atas yg tengah2 tu. Sori ler nama pun aku dahh lupa. Pak Supir ni ok dn banyak info mengenai Medan, kaum batak dan macam2 yg aku dapat . Kat kaw Istana Maimon pun ada penjual2 cenderamata. Harganya oklah . Tapi t shirt taklah murah sgt. Kat Medan ni kita kena pandai tawar menawar jer. Kalau pandai tawar harganya memang murah. Lebih kurang pkl 5 kitorang pun teruskan perjalanan . Kitorang masih ada banyak masa lagi kerana flite kitorang pkl 9.30mlm.  Pak Supir pun tak tahu nk bawa kitorang kemana so dia tinggalkn kitorang kat Medan Mall dn janji akan jemput pkl 7.30 mlm utk terus hantar ke airport. 



Bergambar kenangan di Istana Maimon dan sempat lagi aku posing kat kerusi di raja.Bergambar mcm kumpulan panca sitara pun ada

Kat Medan Mall kitorang makan kat Rest Ayam Penyek.Ok jgklah. Lepas makan kitorang rondalah kat situ sampailah masa yg dijanjikan. Pak Supir dtg jemput kami seperti yg dijanjikan kemudian terus hantar kami ke airport.



Sampai airport Pak Supir nasihatkan kami jangan sekali2 bagi ruang pada pengangkat bagage kerana diorang akan minta upah yg mahal sedangkan guna troli dn hanya dekat saja dgm. tempat nak check in. Airport Polonia bukannya besau sgt pun.


Adam tak lepas peluang utk bermain kat Medan Mall

Masa aku sedang sibuk kemas bag datang seorang lelaki yg berpakaian kemas  bertanyakan tiketku. Masa tu sedang kalut dan baru jer sampai.Pada fikiranku mungkin dia ni pegawai kat sini kut. Aku jadi kelam kabut sbb dia tunggu tiket tu.Hubby pula sibuk melayan si Adam yg semakin nakal. Hubby nasihatkan aku supaya cool dulu.  Disebabkn kalut mamat tu tinggalkan aku . Aku pun fikir balik kenapa dia nakkan tiket ku. Adakah dia pegawai kat sini. Tengah aku berfikir2 tu tiba2 adalah seorang perempuan tu menasihatkn aku supaya jgn bagi tiket tu kerana si mamat tu rupa2 ulat kat situ. Dia ambik kesempatan tolong check in utk mangsa dan akan minta upah. Nasib baiklah aku dpt tahu awal.Terima kasihlah kt perempuan tu kerana menyelamatkan aku dari menjadi mangsa.



Beratur nak check in

Bila dah jumpa tiket ,aku terus suruh kakak check in cepat2. Tiba2 mamat tadi datang balik dan tanyakn tiket. Anakku terus jawab tak apa kami check in sendiri. Lepas tu dia terus beredar.


Bila dah settle semua kami terus ke balai berlepas. Rasanya lebih selamat tanpa gangguan ulat2 airport tu.  Flite kami delay sbb ujan lebat. Pukul 12.30 mlm barulah kami sampai kat LCCT.
Oklah .....maka berakhirlah entry aku bab Medan ni....Harap korang tak boringlah baca citer aku ni .Yess berjaya jgk aku habiskan citer aku ni yg dah hampir lapok ni hehehe..



Inilah diantara barang2 yang aku beli kat Medan.


1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete