Sunday 15 December 2013

Medan - Part 3

So kita sambung cerita seterusnya. Selepas berehat panjang dan solat aku pun bersiap utk ke Pasaraya Yuki utk dapatkan Simpati(sim card) sbb nak call kat anak2 kat Malaysia. Walaupun aku hoorey kat sini tapi anak2 tetap dihati. Pasaraya Yuki ,ingatkan besar rupa2nya mcm mini market kita jer oklah tu.Aku hanya berjalan kaki jer utk  ke sana. Aku shopping ler sikit makanan ringan buat menguyah dlm bilik nanti.Bila balik naik  Motor Beca 2 buah untuk ke Pasar Ikan sekali lagi kerana penjelajahan aku masih belum selesai.  Adam pun dah nampak ok sikit sbb cukup tidur dan rehat kut.

 Aku tengok2lah baju T-Shirt yg jual kat tepi-tepi jalan tu ,ingatkan murah rupa2nya harganya sama dan ada yg lebih mahal dengan tempat kita. Apa ke hal ni.  Sehelai T-shirt RM14 bila di convert.Dah ler jenis kain keras. Aku cuba tawar menawar dengan mereka dan dapatlah RM8 tapi oklah walaupun masih mahal pada aku.Masa aku sibuk memilih T-Shirt tu tiba-tiba datanglah 4 @5 orang penjaja tuju ke arah kami dan masing2 nak jual barangannya. Aku pun tak tahu nak beli yg mana . Dalam kalut2 aku belilah T shirt dgn harga RM8 tu pelbagai saiz buat sorviner . Lepas selesai T-Shirt aku layan ler pulak si penjaja's tadi. Macam2 ada tapi semua tu aku tak terpikat cuma satu jer yg menarik perhatian ku iaitu beg kain yg boleh di isi kain telekung @ apa2 jerlah. g. Aku nampak beg tu menarik so aku tawarkan RM5 ,kononnya murahlah so aku beli sampai 10. Fuhhh!!! pokai -pokai....Maklumlah sedara ramai .huhuhu. Aku sempat jgk beli magnet kat peti sejuk tu dgn harga RM3.50 satu dan keychain .

Selepas habis beli kat situ aku pun nak cari kain telekung pulak tapi yang tak sedapnya penjual2 lain mula mengekori kami dengan menawarkan barangan mereka. Tapi kami tak endahkan. Tiba2 datang si penjual yang aku beli T Shirt tadi . Dia cuba menolong ku untuk dapatkan kain telekung yang murah. Katanya nak tolong sbb aku dah beli barangannya. Tak tahulah ikhlas ke tak. Tapi kedai yg dia tunjuk tu ok jgk harganya. Aku rembat 7 pasang kain telekung yang murah jer RM23 sepasang dan bunganya penuh. Yang tak sukanya kain sarungnya kecil skit.  Adam dah mula meragam tahap 2 dah. Aku dah mula tension. So aku dah tawar hati utk pilih barang-barang lain.  Kami pun jalan2 lagi cari baju batek utk hubby tapi tak jumpa yang cantik . Semuanya corak Wak Suparjo jer hehehe...Cari punya cari jumpalah kat satu kedai tu coraknya oklah dari tak ada. Hubby ku beli 2 helai dgn harga RM35 sehelai. Kakak pula sempat beli telekung 2 pasang. Aku beli banyak2 kat sini sbb kami takut tak sempat beli nanti. Manalah kita tahukan.

Setelah siap shopping kami balik dengan Motor Beca. Sesampainya kami  kat hotel kami terus rehat dan solat . Betulkan urat yg mana dah tegang sambil nonton TV siaran Indon sambil tu tidurkan anak kesayanganku Adam yg dah mula letih dan mengantuk.Sambil2 tu aku tegok barang2 yang kita shopping tadi. Buat ler pengiraan campur bahagi tolak..dengan penuh rasa tensionnya, aku sebenarnya dah kena tipu masa beli T-Shirt tu. Rupa2nya penjual tu ambik kesempatan masa kalut2 tu dia kurangkan sehelai baju so AKU DALAM KERUGIAN !!!!!!!!! huhuhu.

  Lebih kurang pkl 8.00 mlm kami bersiap pulak utk jelajah bumi Medan lagi dan ingin cari apa2 yang boleh diisi kerana  perut kami dah mula berkeroncong minta diisi. Kami menaiki teksi  ke Merdeka Walk. Apa yang aku tahu melalui blog2, kat sini ada kedai makan yang banyak dan banyak pilihan. So sampailah kami kat Merdeka Walk.



Inilah Merdeka Walk. Bila malam mmg ramai orang kat sini





Suasana kat Merdeka Walk ,mmg ceria la



Kat Merdeka Walk pun ada kereta mainan ni



Apa aku nak order yerk #*&^#*


Suasana meriah sbb ramai orang kat situ. Kedai makan pun banyak dan ok. Kami pun jalan2 ler pilih mana2 tempat yang berkenan dihati. Kami pun order ler makan . Kakak makan nasi goreng ayam, aku order nasi goreng seafood,dan hubby orderrr entah ler nasi apa tapi ada ayam goreng dan tambah mee bandung lebih kurang la...Air minum plk aku order fresh orange 2 tapi bukan mcm tmpt kita fresh orange kat sana guna limau biasa jer . Kakak pulak hanya air mineral botol yg 500ml . Makanan tu oklah .Bila siap makan semua tibalah masa nak membayarnya. Aku mintalah bil konon2 nak bayar ler sekali tengok jumlahnya masyaallah....terkezut dan terngangaaaaa IDR222,000.00 ( RM70). Lebih mahal dari Malaysia laaaa...apa nak buat bayar jer looo...tapi bukan aku yang bayor tapi hubby ,aku cuma ambik bil nya ajer...keh..keh..keh. Lepas tu kami terus balik hotel dgn teksi . Sampai bilik mcm biasalah zzzzzzzzzzzzzzzzzzz dan tak sabar tunggu esok untuk jumpa Pak Supirku . Khayal wat seketika jadi orang kaya sbb ada driver hehehehe...engkau adoooo.....tidurlah aku dibuai mimpi2  indah menjadi orang kaya.
Kita sambung yerk...


No comments:

Post a Comment