Wednesday 25 December 2013

Medan- Part 5

Nampaknya semua part  panjang jgk la...Sori yerk sbb aku ni kalau boleh semuanya nak cerita.Sabor jer le  hehehe.Jomlah kita ikuti sambungannya....

Sebelum meneruskan perjalanan yang lebih jauh lagi , Pak Supir bawa kami untuk makan tengahari kat Restoran Garuda . Menunya oklah dari tak ada. Kebetulan lapar pulak so hentam jer la.



Lauk pauk yg terhidang. Oklah tapi bukan seleraku

Depan Rest Garuda

dah kenyang ke..nape tak habiskan tu...membazirrrr

Sedapnyerrrrr

Dalm perjalanan ke Danau Toba, kami singgah kat kedai Paten iaitu kedai yang menjual perbagai jenis kacang TANG,TING,TONG,TUNG dan mcm2 nama lagi.Aku tak beli kacang sbb sama jer dgn tempat kita. Harganyapun lebih kurang jer. 1 kotak RM7.Rasa2 akulah, harganya mahal jgk la.Tp aku rembat jgk 4 kotak jenis kacang tumbuk walaupun kat Malaysia pun ada just wat kenangan dan buah tangan dari Medan.

posing kat kedai TANG TING TUNG



En Hubby jadi baby siter hehehe



Sempat lagi Hubby bergambar dgn Pak Polisi

Setelah beres semua kami meneruskan perjlnan.Aku agak takut jgk dgn keadaan jalan yg sempit kat atas bukit tu. Pak Supir pulak bawa laju2. Kakak & Adam  dah terlena. Aku cuba jgk tidur tapi tak boleh la .
Sepanjang perjalanan aku tak tidur pun krn terlalu asyik melihat permandangan perkampungan org2 asli  kaum Batak. Keadaan perkampungan mereka daif sangat dan persekitaran yg kotor dgn debu2 .Jalanraya pun berlubang2 hingga sakit seluruh tubuh2ku ini. Disini terdapat banyak gereja2 kerana mrk semua beragama kristian.Mengikut Pak Supir, gereja mereka besar2 kerana mendapat dana dari mat salleh.
Pak supir pun tak berenti2 menceritakan perihal perkampungan itu. Aku kesian tengok budak2 sekolah yg terpaksa naik angkut2 (van dijadikan bas awam ) hingga terpaksa dok atas bumbung. Kata pak supir mmg macam nilah kehidupan mereka kerana kemunduran. Kita patut bersyukur kerana di Malaysia semua kemudahan dah disediakan oleh kerajaan.




No comments:

Post a Comment