Sunday 15 December 2013

Medan - Part 2


Hari Pertama
Lebih kurang pkl 7.35pagi kami mendarat kat Airport Polonio, Medan. Jangan terkejut jam tu, bukan tersalah taip tapi sememangnya waktu di Indonesia lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Kami tak sabar2 nak menjejaki kaki ke bumi Medan. Sabar2, tunggu Q sbb masing2 berebut nak turun flight. Kami tunggu hingga dah reda sikit baru kami bergerak turun.


Maka dgn itew kitorang selamat menjejaki tanah Medan..tapi sayang gambar ku tak dok sapa nak snap..huhuhu

Sampai jugak kami dibumi Medan. Kami beratur untuk chop visa kami. Semua pekerja di airport tu oklah tak ada yang menunjukkan muka masam atau pun keluarkan kata2 yang kurang enak didengar. Dikebanyakkan blog yang aku baca, rata2 mengatakan pekerja sana tak ada mesra alam. Mungkin nasibku baik kali ini kut. Alhamdulillah....tapi yg tak sedapnya hubby aku,pihak sana check visa, siap scan lagi dlm sistem komputer diorang mungkin ingat pendatang haram kut..heheheehe tapi Alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku.

Mulai saat ni,bermulalah percutianku di Medan. Aku jadi takut jgk sbb hubby dan anak daraku tu 100% follow aku jer sbb aku yg handle semua ni, tour guide katakan hehehe.Bila semua dah selesai, dalam otak aku tindakan pertama ialah kena cari stesyen minyak Petronas sbb dlm blog2 yang aku baca, diorang suruh ambik teksi kat sana lebih murah dari airport. So aku berderet dgn hubby serta anak2 melilau2 cari Petronas. Akhirnya jumpa jgk , tapi nampak gayanya Petronas kita dah tutup kerana persaingan dengan stesyen minyak diorang. Kami pun tunggulah teksi kat tepi Petronas tu dengan beberapa orang lain. Tapi yang tak sedapnya ada pulak orang yang tolong tahan teksi dan kena bayar kat diorang dulu sebelum naik teksi tersebut. Bayarannya lebih kurang RM1.50 . Sebenarnya aku mmg guna Tour tapi  bermula esok (14/5 - 17-5 ). Kononnya nak save budget la. Kami guna Tour untuk 3 orang RM345 seorang so untuk 3 orang ,RM1035. Aku dah bayar 30% 2 minggu sebelum bertolak iaitu RM310.00. Aku dah deal dgn Tour Guide tu ambil kitorang kat Hotel Grand Sakura keesokkannnya.Tour Guide tu aku cari sendiri dan aku tak guna perantaraan. Kalau tak lagi mahal ler.

Teksi terus bawa kami ke Hotel Grand Sakura . Jalan raya pun agak sesak sbb masa tu masing2 nak ke tempat kerja .Pemandu kat sini memang suka bunyikan hon.Tak tahan jgk aku dibuatnya.  Lebih kurang 20 minit kami sampai kat Grand Sakura dgn bayaran teksi dalam RM10.  Aku terus check in dgn menggunakan Agoda Booking. Semua berjalan lancar tapi kena tinggalkan deposit IDR300,000,00 (RM95 ). Aku booking untuk bilik Superior tapi yang ada Executive so dia bagi bilik Executive tanpa ada sebarang tambahan bayaran. Nampaknya langkah kaki kanan aku ni hehehe. Aku booking untuk 2 bilik. Bila sudah beres semuanya kami terus ke bilik kami.Mmg puas hati la bilik tu. Tapi menyesal plk ambik 2 bilik sbb tk boleh borak2 dgn anak sulung kami tapi nak wat mcm mana so redha jerlah. Masing2 apa lagi berehat ler kejap...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Selesa sgt bilik ni



Bilik air pun selesa gak
Selepas rehat jap dan kitorang solat jamak dulu pas tu kitorang bersiap untuk ke Sun Mall tapi nok pegi dgn ape yerk. Aku pun no idea la sbb pertama kali jejak kat sini. Apapun kitorang turun ke lobby dulu. Kami tunggu teksi kat bawah . Kami terus naik teksi ke Sun Plaza. Lebih kurang 15 minit kitorang sampai kat Sun Plaza dgn tambang RM10 . Rasanya agak mahal tapi malas la nk berkira2 . Bila sampai sana rasa agak lucu jgk sbb Sun Plaza belum buka lagi. Jam aku dah menunjukkan pukul 10.45 minit pagi(Waktu Malaysia ) maknanya baru pkl 9.45 laa.Sun Plaza buka 10 pagi. So kitorang terpaksa tunggu lah ...pandan muka hehehe

Tepat pkl 10 pagi , bukalah pintu Sun Plaza, so kitorang pun jelajah la kat dalam tu.. Pagi sangat so banyak kedai yang tak buka lagi. Kitorang pun tak ler jelajah habis sbb tak menarik perhatian kami laaa..Perut dah mula berirama dangdut . Kami pun buat keputusan makan kat restoran ala2 KFC.


Aku order 2 iaitu utk aku dan hubby ( ayam 1 + nasi kosong ) .Aku ingatkan ada kuah sup tp kosong. So makan ler jgk nasi dgn ayam tu tanpa kuah. Sos pun tak kena dgn tekakku.   Habis tu mmg habis sbb lapar...hehehehe 

Kasih sayang seorang ayah ...melayan kerenah adam


Sedapnyerrr




Sun Plaza...besar jgk ...rasa mcm duk kat KL plk

Aku snap dari atas...baju yg dijual tu batik mcm wak suparjo jerk..

Ok sekarang dah kenyang so kitorang nak gerak ke Pasar Ikan pula. Sekarang hampir pkl 12.30pm . Kami terus keluar dari Sun Plaza dan kat pintu depan tu adalah 2 @ 3 orang pak guard . Kami tanya ler kat mana nak dapatkan teksi untuk ke pasar ikan. Dia pun murah hati nak dapatkan teksi utk kitorang . Aku puji ler dlm ati baiknya pak guard ni sudi tolong pelancong macam kami ni. Sekejap jer dia dah dapatkan teksi utk kitorang so kami naiklah teksi tersebut sebelum teksi jalan tiba2 pak guard tu ketuk2 pintu aku pun tanya dia kenapa rupa2nya dia minta duit upah .Aduiiii lahabau punya pak guard ni. Aku pun bagi ler IDR1000. Kita pun ucap tima kasih.  Tiba2 aku terfikir IDR1000 tu hanya 30 sen  jer .Hahahaha aku baru perasan. Mungkin pak guard tu sumpah seranah aku sbb kedekut . Lantaklah asalkan bukan niatku mcm tu.

Kami pun geraklah ke Pasar Ikan. Sampai kat Pasar Ikan betul2 cuaca teramatlah panas. Adam dah mula buat hal. Merengek saja. Aku pun dah kurang selesa nak membeli belah sbb Adam dah mula tunjuk klu2 yg dia akan terus meragam sampai ketahap raban ler..So aku pun cepat2lah cari apa2 yang berkenan tapi sayangnya disebabkan tension dan panas lagi so aku tak jumpa apa2 yang menarik. Cuma anak sulungku beli kain telekung 2 pasang. Lepas tu Adam dah mula naik gear 3 so hubby ku nasihatkan aku supaya balik hotel dulu sbb Adam dah tak boleh diajak berunding lagi.Aku dan Kakak ( anak sulungku ) terpaksa akur. Kami terus balik ke hotel dgn menaiki Motor Beca.



Motor Beca
Sampai Hotel, aku mandikan Adam dan tidurkannnya. Kesian jgk sebab Adam tak cukup rehat yang secukupnya. Aku bagi Adam tidur sepuas2nya. Kami pun rehat ler jgk .zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


No comments:

Post a Comment