Monday 30 December 2013

Taiping Lagi..... - part 2

Part 2

Bermulalah expidisi kami mencari rumah Pak Man. Mmg kami tersesat ler huhuhu. Jam menunjukkan pukul 2.30 ptg, rumah yg dicari belum jumpa. Habis tempat kitorang pusing,namun masih tak jumpa. Lastly jumpalah jgk rumahnya selepas buat beberapa panggilan kt sedara yg tahu rumah Pak Man. Kami kat sana tk ler lama sgt sbb kita terpaksa cari location  homestay yg kami booking tu. Pak Man gembira dengan kunjungan kami. Sempat jgk kami bergurau senda dan ambik gambar kenangan dgn Pak Man. dan keluarga.


Suasana rumah Pak Man

Pak Man kelihatan amat uzur dn wajahnya ceria bila kami sampai

Lebih kurang pkl 3 lebih kami mula menyambung perjalanan kami ke destinasi yg dirancangkan. Dalam pukul 4 gitu, aku  berpisah dgn abang2 ku sbb diorang ambil homestay kat rumah pengantin (Kg Aulong ) dan aku serta kakak ku ambik homestay kat Taiping (Taman Jana Baru ). Aku jgk sesat mencari homestay itew. Pkl 5.30 baru jumpa. Penat tu tak payah cakap ler....Kami perlukan rehat secukup-cukupnya tanpa gangguan .Hahaha mcmlah  aku yg drive. Petang tu kitorang hanya rehat jer. Malam nanti mungkin keluar kut...


Inilah rupa Homestay kitorang ...abg ipar ku dah jadi model hehehe
 Pada malam tu kitarong pergi la kejap kat rumah pengantin sbb malam tu ada majlis akad nikah. Kita ke sana kejap jer. Lepas makan terus balik sebab letih sangat. Gambar suasana malam tu kat rumah pengantin pun lupa nak snap.Balik rumah terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Pagi-pagi aku dah wake up. Agenda kitorang pagi ni ialah ronda bandar Taiping. Untuk dapatkan tenaga lebih,  kita pekena teh dulu . Sebelum masuk bandar Tepeng kitorang singgah kat kedai makan ala-ala mamak sbb pekerja dia tu mcm mamak jew. Kami order nasi lemak dan roti canai. Sedap jgk kena dengan selera kami. Bertambah sedap lagi bila ditaja oleh Abang iparku Abg Man.Semoga beliau dimurahkan rezeki aminnn...

Pekena Teh tarik dulu.....

Selepas breakfast , rancangan kami nak ke Zoo Taiping . Tapi terpaksa aku batalkn kerana kenaikan harga tiket mencecah RM16 seorang. Aku pujuk anak2 dan nasib baik mereka faham.Tetapi family kakakku teruskan juga ke Zoo kerana dah janji dengan Uyin ,kesian plk sbb dia dah excited sangat. Aku tunggu diorang kat tasik Taiping jer. 


sempat snap gambor ni...cantik sangat2.

Sempat jgk ler aku ambik gambar pokok2 yang menjadi bualan ramai ni. Memang cantik sangat .Terpegun aku melihatnya. Aku telah berjanji dengan group abang2ku utk tunggu mereka kat depan Taman Tasik.Kat sana ada taman permainan. Suka ler anak2ku main kat taman tu.


Kita sambung ke episod seterusnya ok......


No comments:

Post a Comment