Monday 2 December 2013

CaMeroN HighLand

Percutian kali ni tidak dirancang . Anak dara ku ajak bercuti mana2 jer sebab Depavali( 2/11/2013 ) tahun ni cuti panjang di sebabkan sambung  dgn cuti Awal Muharram. So hari Jumaat tu aku booking hotel dan esok terus pergi jer kat Cameron. Anak2 bujang pun terkejut kerana terlalu mendadak percutian kali ni.

Pkl 8 pagi bertolak . Aku bekalkan sandwitch jer. Anak semua excited. Memang ler anak2 aku ni mmg hantu kalau  bab travel  ni. Kali ni perjalanan ku agak tercabar sikit . Kereta kami ada masalah . Nak repair hari tukan kebetulan  Deepavali so banyak kedai2 tutup. Tapi nasib baik ada satu kedai tu buka. Dia cuba jgk repair tapi tak dapat 100%. Cuma utk naik ke Cameron tu bolehlah tapi kena berhati2 sikit.


R&R Baru Gua Musang. Masa ni kebetulan perlawanan akhir bola sepak
antara Kelate Vs Pahang

Lebih kurang pkl 2.30 ptg baru aku sampai kat hotel. Aku menginap kat Kavi Hotel. Oklah jgk . Hotelnya dekat dgn pasar malam . So enjoylah anak2 ku kat pasar malam tu .




Hotel penginapan aku sekeluarga

Kat pasar malm diorang beli ni jer buah strawberry. Makan dengan penuh kusyuk sekali.Siap makan berjemaah .Aku jgk beli nasi ayam RM5 sebungkus, puas hati sbb ayam nya besar sangat cuma rasa tu kureng la sikit dengan selera kami.


Beli kat pasar malam terus makan jer kat bilik
Pada malam pula, masing2 pusing pasar malam dengan no limit. Memang puas hati ler teruna2ku itew.Naik risau jgk sebab lewat sgt diorang balik. Dia mula merengek pada kakaknya suruh belanja . Si kakak pun terpaksalah korbankan duit demi adik2 tersayang. Aku & hubby pulok dok kat restoran belakang hotel tu minum teh sambil borak2. Romantik katakan hehehe. 



Antara yg dijual kat pasar malam tu
Esoknya pagi2 kitorang breakfazz kat restoran kat belakang hotel . Teh tarik kat sini mmg sedap,kena dgn seleraku.Kat sini ada nasi lemak , nasi kerabu, mihun dan mee goreng. Oklah....Lepas tu aku check out dari hotel tu.




Kitorang pun mulalah jalan2 sekitar sini. Kami pergi kat Penyelidikan MARDI. Nak masuk sini kena bayar. Aku dah lupa la berapa hinggit. Rasanya dulu lebih elok jika dibandingkan sekarang. Sekarang mcm tak terurus jer. Tengoklah ladang teh ,"hidup segan mati tak mau" bak kata pepatah ler hehehe . Ape ke tidak nyer pokok teh pun dah botal tak dok daun. Nak posing pun segan . tapi digagahi ler jgk.


Pusat Penyelidikan MARDI

Bergambor dengan buah pun jadilah. Sebab bunga-bungaan tak menjadi la..Seingt aku dulu ,kat sini mmg bunga cantik2 dan meriah. Dulu lain sekarang lain kut.huhuhuhu


Macam2 aksi posing anak2 terunaku ni



Agak2 korang ler , kena tak anak2 bujang ku posing dengan bunga. Rasa mcm tak kena selera jew kan ??


Teruna bergambar dengan bunga...mcm tak kena jer hehehe


Saat-saat Romantika aku bersama hubby.Rasa macam dunia ni ana yg ampunyaaaa. 


Pasangan RomantiK



Adam pun tak lepas peluang utk berposing. Ajak balik pun tak nak
Bila dah habis ronda kat Kaw Penyelidikan MARDI, kitorang gi ke Lavendar Park ,kalau tk silap aku la. Kat sini pun kena bayar jgk RM5 sorang. Memang tak berbaloi masuk sini. Bunga pun tak la banyak sgt. Nyesal....











Bile dah habis ronda ,lebih kurang pkl 12.30 ptg ,kami bertolak balik. Hubby ku risau akan kereta tu sbb masih tak stabil . so terpaksalah balik awal . Anak2 mcm tak puas hati sbb tak dapt pegi banyak tempat. Masing2 muncung jer. Insyaallah kita akan datang lagi dan kita tinggal sini lama sikit ok....




No comments:

Post a Comment