Sunday 1 December 2013

SweEt BeAcH ResoRt

Sekali lg percutian ke Sweet Beach Resort di Tok Bali ni. Tp kali ni tak ramai yg ikut serta cuma family ku dn anak2 buahku jer. Aku dh booking 2 buah bilik mengadap ke kolam  supaya senang ler kitorang memantau anak masing2.


Inilah bilik kitorang...depan tu kolam
View bilik kitorang megadap ke kolam dan sebelah sana tu pantai.Bila boring main kolam kitorang cuba pulak main pantai. Tapi tak ler lama sgt kat pantai tu sebab panas .


Bilik selesa , 2 katil besar dan ruang menonton TV
Bilik aku ni agak selesa jgk . 2 katil besar dan 2 tilam extra. Memang puas hati ler cuma bilik air tu agak kureng skit. Namun gitu aku pejam mata jer.hehehe...Selepas siap berkemas, aku dan lain2 lunch kat tepi pantai uols memang menyeronokkan gua cakap lu. Dengan angin pantainya dan suasana yg damai sedamai hati ku ni.hihihihi


Lunch tepi pantai...seronok

Cuba korang tengok gambor atas dan bawah , tidak ke seronok tu. Lepas melantaq berehat2 dan
bersantai2....tak pecaya ka...tengok ler sendiri...




Bila dah kenyang apa lagi lepakkkk


Ini pun chalet jgk dan harganya kalu tok silap RM120 semalam. Oklah utk 2@3 orang tu sbb biliknya
agak sempit skit la..Kolam pun tepi jer..




Add caption

Layan jerlah aksi2 dari anok2 buah aku ni....memang giler2 lah...Maklumlah lepas gian mandi kolam, kat
rumah bukan ada kolam pun hehehe.


Beginilah keadaan mrk bila tak pernah jumpa air .....

Anak bongsu aku pun tak lepas peluang mandi kolam. Ajak masuk bilik pun tak nak. Hingga hitam habis badan dia kena matahari. Kecian adik adam bucuk ni. Ekah pun tak lepas peluang berenang . Pandai ke berenang tu . Siap kuak lentang lagi hahahaha.


Mcam-macam gaya
Ni pulok hubby aku ,sibuk melayan anak2 mandi kolam. Maaf ya YANG , saya ni malas nak main air la..Ayang jerlah layan diorang ya...Sayang Abang !!!!hehehehe





Hubby sibuk layan kerenah anak2

Bila malam kitorang buat BBQ la pulak. Boleh tahan ler..Memang kenyang giler malam tu. Semua aku
bedal. Majlis BBQ tu habis dlm pkl 10 mlm.


BBQ

Pagi esok kitorang gi breakfast dengan nasi lemak. Memang nasi lemak jer yang ada. Kat sini hanya ada 1 menu jer iaitu Nasi Lemak. Oklah tu sebab dia tak ada limit utk berapa orang sebilik. Kalau 20 org sebilik semua boleh gi makan tak apa. Minuman plk air teh O dan teh Susu. Oklah tu save budget la .



Kat Cafe ,makan nasi lomak jer









Menghayati nasi Lomak









Bila dah siap breafast. Anak2 sambung main kolam . Lebih kurang pkl 11.00 ,aku bertolak balik .
Sempat jgk dlm perjlnan balik tu singgah kat Pasar Tok Bali. Berposing kat kapal2 di situ. Mcam kat negera orang plk kan.

Tok Bali

Adam pun tak lepaskan peluang melawat kapal2 nelayan  tu. Terpegun sekejap melihat kapal2 besar tu.

Tok Bali




Kat pasar Tok Bali ni terdapat ikan2 yang segar2. Harganya pun tidak mahal sangat. Aku pun tak lepaskan peluang beli ikan-ikan segar kat sini. Memang berbaloi baloiiiii.Insyaallah jika ada peluang aku akan datang lagi ,Insyaallahh.


ikan segar 
HABISSSSS

No comments:

Post a Comment