Tuesday 18 June 2013

Dungun - Part 4


Pagi-pagi lagi Aliff dah bangun sbb nak mandi pantai . Lepas solat subuh,hubby temankan Aliff dan Hakim mandi pantai. Aku pulak kena kemaskan barang-barang sbb jap lagi nak ke majlis kawin dan terus jer bertolak balik . Bilik pun aku kemaskan balik sbb segan jgk kalau bersepah . Bukannya  malu kat owner tapi malu dgn diri sendiri ler..Bila semua dah settle, aku menyusuri anak-anak dan hubby kat pantai. Kat sana semua anak2 dah berada dalam air .Bukan main seronok lagi diorang. Aku pun rasa puas sangat sbb anak2 gembira. Aku tersenyum sorang2 tanda kepuasan. Macam biasalah aku jadi cameraman . Layan ler gambar yang aku snap ni. Korang sendiri akan merasai keseronokan diorang.




mmg puas hati ler diorang ni

 Lebih kurang jam 9 pagi kitorang pun bersiaplah utk checkout dan hadiri ke Majlis Kawin tu. Sebelum ke majlis tu aku pujuk suami untuk pergi ronda2 dulu di sekitar kawasan pantai tu. Kita menaiki kereta dan ronda2 sampai ke kawasan bukit dan batu2 pantai . Mengikut orang kat situ, kat pantai hujung sana ada sebuah gua. Kitorang pergi jgk tengok jauh-jauh jer. Di sini sempat lagi aku snap gambar. Layannnn !!!!


Siap berkemas checkout dan ronda2 jap


Sempat lagi anak2 gi ke taman permainan tapi sayang besinya dah berkarat maklumlah kat pantaikan




Termenung jer Hakim, tunggu order ke ??



Setelah puas meronda kitorang pun bertolak ler ke majlis tersebut. Dalam perjalanan ke majlis tu kitorang lalu kat Pasar Dungun, aku mcm biasalah mesti nak singgah kat pasar tu maklumlah kitorang tak pernah sampai kat Dungun ni so sekali lagi aku kena main peranan pentingku untuk memujuk hubby hihihi. Biasalah hubbyku ni line clear so mudah ler aku pujuk. Maka dengan itu ( ce wah mcm hikayat Hang Tuah la pulak )tercapai lah jugak hasrat ku .Aku teringin sangat nak makan nasi dagang Trengganu. Suasana kat pasar tu mmg ramai sangat. Kitorang tercari2 tempat kosong tapi hampeh. Kitorang pun cuba ke sebelah sana skit maka jumpalah tempatnya .
Aku siap order nasi dagang . Hubby order nasi putih biasa jer . Begitu jgk dengan anak2. Anak perempuan Iffah pun tak lepaskan peluang jgk untuk merasai masakan Trengganu . Mengikut owner kedai makan tu, hari ni tidak lah ramai sangat pengunjung bila dibandingkan dengan hari2 lain. Kitorang menjamu selera dengan penuh kekusyukan hehehe. Bila siap makan kitorang ronda2 ler kejap sekitar kawasan pasar tu. Hubby pulak siap beli ketam lagi kat pasar ikan tu. Aku plk beli handbag ler sbb kebetulan beg yang aku bawa tu tiba2 la pulak koyak tangkai nyer.Macam tahu-tahu pulak.

Kami mulalah perjalanan kami ke majlis kawin tu . Samapai sana suasana masik ok lagi . Tetamu masih belum sampai. So aku pun mula nak menyibukan diri, so  lawat ler kat dapur kut2 ada apa2 yang boleh aku bantu. Kebetulan kakak iparku ada kat dapur sedang buat pulut semangat iaitu pulut kuning. Nampak gayanya aku kenalah tolong mengharung pulut  kata orang kelate kalau bahasa suratnya gaul pulut tu dengan santan dan kukus. Kalau tak percaya cuba korang perhatikan pic dibawah. Haaa betul tak ?? Yang kecil manis tu akulah hehehehe. Lagak macam orang pandai jer padahal tukang kacau jer.


Macam mana ok tak aku jadi orang dapur
 Maka siaplah acara kukus pulut. Aku pun angkat punggung pergi ler pulak tempat pengantin. Sibuk-sibukan diri. Di sini aku sempat snap gambar bersama pengantin. Selamat Pengantin Baru Buat Farah dan Suami , semoga kekal ke akhir hayat Insyaallah.....

Tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan pengantin.

Sama cantik dengan Pengantin hehehe

Yang ni menarik perhatianku. Good idea.....

Anak dara 3 orang ni sempat posing
 Setelah selesai berposing kitorang pun makan nasi dengan penuh kenikmatan. Lebih kurang pkl 2 petang kitorang pun minta diri dulu sbb nak terus balik ke Kota Bharu, nanti lewat malam pulak sampai. Kali ini pun aku minta hubby balik ikut jalan pantai jgk.

Dalam perjalan balik kami sempat makan sotong goreng dan air kelapa kat tepi pantai tu. Tempat tu memang femos ler. Nikmatnyer...Hahaha family aku ni asyik makan jer. Nak buat macm mana mmg dah lalu makan hehehe. Sampai di Batu Rakit pula aku borong keropok lekor dan bila sampai kat Tok Bali , aku borong ikan segar pulak ini adalah last bab singgah menyinggah .  Kami sampai rumah lebih kurang pkl 8 mlm.

 Maka dengan itu habislah cerita Travel aku kali ni...Memang kami rasa begitu puas dengan travel kami ini......TaMMat....