Tuesday 18 June 2013

Dungun -Part 2


Dalam pukul 11 pagi smpai ler kami kat pantai Kg Penarik tu.Perjlnan kami seronok sbb cuaca sejuk kerana hujan renyai2 di sepanjang perjlnan kami ke sini. So kami pilih tmpat ada teduhan untuk kami menjamu selera. Kami makan ler bekalan kami tu tp apa yg aku fikirkan tentang bekalan tu mmg betul ler. Kuetiew aku tu hanya aku dn hubby jer yg makan ,anak2 langsung tak sentuh pun ggrrrrrrrrr . Adik iparku dan anak2 makan bekalan yg dia bawa so nampak gayanya pembaziran brlaku ler jgk. Sambil2 makan tu anak2 sempat ler jgk snap pic kt kawasan pantai tu. Terhad la jgk nak ambik gambar sbb hujan masih belem berenti. Kami duk kt situ dlm 15 minit jer sbb prjlanan kami masih jauh lagi.






Masing2 buka bekalan tapi bebudak ni langsung tak nak makan



Hubby ni betul ke sayang kat aku ker ???hehehe


Macam mana jeles tak tengok aku siap melentok kat hubby hehehe

anak2 dan sepupunya siap posing di tepi pantai lagi ...seronok ler tu. Macam tarian orang asli jer hehehe

Kami pun meneruskan journey kami ke Dungun. Nak sampai ke Dungun lebih kurang 3 jam lagi. Dalam masa tu anak2 mula diam jer.Aku pun heran sbb kenapa tak ada suara hilai tawa diorang. Aku menoleh ke belakang rupa2nya semua dah brdengkur ler..hehehe. So aku pun tumpang ler join diorang. Maaf yer B, ayang lelapkan mata ni jap yerk.

Lebih kurang pukul 1.oo tghari kami sampai rumah anak jiran kat kampung tp tinggal kat Dungun , kami makan tengahari di rumahnya atas pelawaannya awal2 lagi.Bila dah selesai semua kami dibawa ke rumah penginapan berhampiran kaw pantai. Agak menarik jgk persekitarannya. Rumah penginapan ala2 resort kami minta tolong dio bookingkan untuk kami. Biliknya agak selesa jgk. Kami pun rehat ler kejap tambahan plk hujan masih belum berenti. Aku tak dapat tinjau persekitaran kat situ. So apa lagi yang boleh buat kecuali zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...tunggu part 3


Inilah bilik ala resort yang aku tinggal







No comments:

Post a Comment