Monday 17 June 2013

Dungun -Part 1

24.05.2013
 Nampaknya aku bercuti dan berjln lagi hehehe. Kali ni aku sekeluarga ke Dungun Trengganu bagi menghadiri Majlis Kawin anak buah belah hubbyku.  Kebetulan tarikh ni cuti sekolah so anak2 excited sgt-sgt.  Mereka ingatkan aku supaya sediakan bekalan makanan untuk travel nanti. Biasanya bila travel mcm ni diorang suruh ku sediakan sandwich sardin. Aku sediakannya sampai 2 plastik roti Gardenia beserta dgn makanan ringan lain .

Tapi kali ni aku konvoi dgn adik iparku so nak tak nak aku trpaksa jgk sediakan sedikit bekalan tambahan iaitu kuetiaw goreng. Bukannya apa ,aku takut anak2 buat hal terliur dgn bekalan adik iparku. Apa yg aku amat pasti, kuetiew goreng ni mmg akan membazir saja. Kita tunggu dan lihat buktinya huhuhu....

Kira-kira jam 7.30 pagi ,bermulalah konvoi kami.Anak2 dlm kereta ni bukan main bising lagi dgn cerita2 lucu diorang. Saat ni aku dan hubby begitu teruja dan gembira, bilamana tengok anak-anak yang begitu gembira. Kenangan mcm nilah sentiasa membuat aku bahagia. Aku ingin kenangan indah ini menjadi kenangan indah buat2 anak-anak tika diorang dewasa nanti, Insyaallah.

Lebih kurang pukul 9 pagi kitorang sampai Tok Bali.  Aku dah bincang dgn hubby utk berenti minum pagi kat situ. So kitorang breakfast di kedai makan tepi jalan. Masing-masing order air jer dn buang apa yang nak buang tp kat stesyen minyak seberang jln ler hehehe.


Aku terpaksa isi dlm plastik ,sbb manis sgt2 huhuhu




Tunggu minuman yang baru order. Hakim bad mood jer

Setelah semuanya beres, kitorang sambung ler prjlnan ke Dungun. Aku dh bincang awal2 dgn hubby supaya ikut jalan pantai jer jgn ikut highway. Sebenarnya aku lebih suka travel yg santai jer, tak perlu rushing .  Santai ni lebih banyak manfaatnya bila kita travel dgn anak-anak. Kita dapat rapatkn diri kita dgn anak2. Jadikan travel ni terindah buat kita dan anak2.,setuju tak ?. Anak2 kat belakang tu tak berenti  makan sandwich tu. Kejap jer dh habis satu bekas. Nampak gayanya kuetiaw goreng aku ni tak habis ni...Kita tunggu dan lihat yerk di dlm part 2....

No comments:

Post a Comment