Tuesday 18 June 2013

Blog Keluarga



   Aku mula terfikir apa tujuan sebenar aku bina blog ni. Sedangkan aku tidak ler pandai sangat nak mengarang apatah lagi nak mengolah ayat -ayat yang menarik. Sebenarnya tujuan aku bina blog ni adalah untuk menyimpan segala memoriku dengan keluarga tercinta. Mungkin dengan adanya blog ni anak2 ku akan terus mengimbau kembali memori suka duka mereka bersama keluarga tersayang. Blog ni akan terus wujud sampai mereka dewasa kelak. Aku sendiripun tersenyum bila melihat gambar-gambar lama . Inilah tujuan sebenarku. Aku hanya ingin masukkan kisah suka duka keluargaku di blog ini.

   Dulu aku pernah menyimpan semua gambar2 kenangan keluarga di dlm komputer, hardisk dan aku siap  burn dalam CD tapi semuanya hilang begitu saja. Gambar yang ku simpan dalam komputer & hardisk di jangkiti virus so semua tidak boleh diselamatkan. Oleh sbb itulah aku bina blog ni,rasanya lebih selamat. Sebenarnya blog ni dibina hanya untuk tatapanku dan anak2  saja bukan untuk public tapi aku ni buta IT so tak tahu macam mana nak buat . Kalau ada sapa2 yang tahu boleh ler ajar saya yer.

   Aku pun segan jgk sbb bukannya pandai sangat mereka-reka ayat ni. Sebab aku ni bukannya penulis. Bercanggah dengan kerjayaku. Masaku pun terhad sangat kerana kena bahagikan masa utk bekerja dan keluarga. Kadang2 tu nak tulis blog pun sibuk dengan si kecil Adam ni. Dia pantang tengok aku buka laptop terus jer dia merengek  nakkan perhatian ibunya. So aku bantai aje ler tulis tanpa edit .

   Bagi mana2 yang terbaca blog ni , aku minta maaf ler banyak2 sbb ayat2 ku ni mcm budak sekolah rendah gayanya hehehe.Malu pulak tapi nak buat macam mana semangat punya pasal so aku teruskan jua blog keluargaku ini. Keluarga adalah segala-galanya.........
  

No comments:

Post a Comment