Tuesday 18 June 2013

Dungun - Part 3


Ok sekarang kita sambung part 3. Eh eh rupanya panjang jgk jalan cerita ni..padahal travel ni hanya 1 malam jer tapi ceritanya macam 3 hari 3 malam jer.Ok kita sambung jer citer ni.
Selepas kitorang siap tidur dan rehat aku ni mmgnya giler ambik gambar so aku ajak anak-anak ku berposing kat sekitar kawasan situ walaupun hujan masih belum berenti tapi aku redah jer. Anak-anakku , Hakim dan Aliff lah yang sentiasa jadi subjek aku hehehe sori yerk my dear.Kawasan sekitar tu rasa tenang jer. Bagi sapa2 nak tenangkan fikiran boleh la ke sana.



Siap posing kat depan bilik dan tepi pantai seronokkkkk



Posing depan speed boat tuan chalet
 Lebih kurang pkl 4.30ptg kami pun bergeraklah rumah pengantin ,sbb hari ni adalah hari akad nikah tapi dah lepas. Majlis tu pkl 11 pagi. So kitorang cuma gi tanya khabar dan soru lah yang penting sbb anak-anak pun dah lapar sangat. Masa kat bilik kitorang makan baki sandwich dan makanan ringan jer,mana boleh tahan niiii. Sampai sana kami dijemput oleh tuan rumah. Kami duduk ler sembang2 jap pas tu kami dipelawa ler makan nasi. Jamuan tu dibuat secara layan diri (bufet ). Apa lagi anak2 ku ghairah ler sbb kebetulan diorang masak ikan keli gulai tempoyak fuhhhh terangkat bro.Anak2 makan sepuas2nya sbb lauk lebih banyak so apa lagi serbu jer la hehehe.
Lepas siap makan dan dah teramat kenyang kitorang pun minta diri dulu dgn tuan rumah dan janji esok masa majlis sanding kitorang sampai. Aliff pulak sibuk nak balik cepat sbb nak main pantai. Aku pun dah janji dgnnya , jika hari hujan berenti boleh mandi pantai. Kebetulan hujan dah berenti masa tu jadi apa lagi muncunglah dia kalau lambat balik. Kita pun balik le ke chalet tu tapi agak lewat jgk hampir pkl 7 malm. Hubby dah tak benarkan Aliff mandi pantai sbb dah senja. Lagi la panjang muncung sidia tu. Apa nak buat sayang oiii dah senja. Insyaallah pagi esok kita mandi pantai , janjiku padanya.




Tak lepaskan peluang


Jangan ler korang jeles lak





Anak2 pun sibok jgk nak posing






Malam ni tidak ada apa2 acara. So kitorang bersuka hilai ler kat bilik. Boring jgk sbb bilik kitorang tidak diberi kemudahan tv, tak tanya pulak kenapa. Tapi bilik sebelah ada plk. Ya tak ya aku buka jer Tab Samsung ku dengan cerita Sarjan Hassan. Anak2 ku ni mmg pelik sikit semua cerita P.Ramlee mmg kegilaan mereka. Jadi aku pun on ler cerita tu sampai diorang tertidur zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.Sambung part 4..hehehe

2 comments:

  1. Dah macam baca karangan la pulak rasanya...But its nice pengalaman yang boleh kita kongsi bersama...

    Jemput ke blog PokCIk http://dihujungpen.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih ler Pok Cik kerana sudi lawati blog ummi. Ummi akan cuba perbaiki kelemahan tu. Biasalah baru belajar berjalan ^_^.

      Delete