Wednesday 9 October 2013

DiNNer Lagiiiii...............


Alahai...dinner lagi aku bersama opismate . Biasalah bila ada durian runtuh saja, kitorang mulalah ada racangan macam2 termasuk makan malam ni ler..Layan jer ler gambar kat bawah ni. Aku pun tak pandai ler nak meleret2 citer.Nanti mcam wat karangan plk.hihihihi. Kitorang serang kat Ritz Restoran . Korang tengok ler lauk pauk yg kitorang santap malam tu.




MeNu  IsTimeWa


Kari Kepala Ikan ni mmg terangkat dan ayooo pedasssss



Yang ni tidak semua org suka tapi aku mmg like it...

Menu ni mmg sedapppppp





Sirap Bandung dgn Pau gebu Dicicah dgn Kari Kepala Ikan perghhhh....

Oklah itu saja menuku.Group aku ni mmg group tetap. Saper yg naik join bolehlah ambil borang pendaftaran kat kaunter ok...hahahahaha ....SAYONARA.



Sunday 6 October 2013

KL LAGI......

  Kali ni gi KL lagi...Ini atas urusan kerja sambil tu aku bawa anak ke2 ku sekali iaitu Hakim yang kebetulan br habis exam UPSR. Kami gi KL dgn menaiki keretapi dari Wakaf Bharu ke KL Central. Tp kalau korang nk tahu betapa susahnya aku dapatkn tiket keretapi huhuhu. Yg sebetulnya tiket tika tu mmg dah sold out kena tunggu gerabak tambahan.Tp maybe aku bernasib baik sbb ada hamba ALLAH kat stesyen keretapi Tumpat tu bantu aku dptkan tiket tersebut,Alhamdulillah.....Aku ucapkn jutaan terima kasih padanya.

  Pd hari tu Hakim mmg excited sangat hingga aku nak belikan bekal pun tak nak hehehe...Lebih kurang pkl 6.10 ptg kitorg bertolak. Aku ambik tempat tidur. Oklah selesa tp nasibku tidak selalu indah sbb gerabakku brdekatan dgn kantin so ramailah org lalu lalang kat situ.So keadaan dlm gerabaak tu agk panas sbb pintu gerabak selalu dibuka so aircond keluar ler huhuhu...tidur pun tak nyeyak sgt namun aku layan ler jgk. Lebih kurang pkl 8 pg kitorang mndarat kat KL Central.

Oklah layan jer gambar2 dibawah....



menunggu train...tak sabarnyerrr

Kitorang naik train di Stesyen Wakaf Bharu . Agak ramai jgk penumpang. Seingat aku, dulu jarang orang naik train. Mrk lebih suka naik bas tapi sejak tiket bas dah naik , semua berebut naik train hingga hari biasapun tiket sold out. Time aku nk beli tiket ,sokmo kena tiket tambahan gerabak. Apapun aku suka naik train.

First time dpt naik trainIni 

Ini plk gerabak bahagian tmpt tidur. Ok selesa jika dapat tingkat bawah tapi kalu tingkat atas kurenggg sbb org tua mana boleh panjat2...hihihihi

Dalam train tempat tidur coach


Inilah tempat tidur...oklah selesa

Hotel budget kat Subang Jaya. Harga RM88 ,oklah utk 2 orang . Hotelnya bersih dan aircond pun sejuk.Dekat pulak dgn pasaraya. Sempat lagi aku dan Hakim gi pawagam..Inilah adalah penglaman pertama Hakim masuk pawagam. Bukan main excited lagi.


Hotel budget



Round kat pasaraya kat Subang Jaya


Bahagia  nampak

Sempat lagi kitorang gi ICT. Anak-anakku yg kat KL datang ambik kitorang ronda2 kat ICT. Happy jer  Hakim,puas hatilah dia kali ni. Harap ini adalah kenangan manis buatnya.

ICT




ICT




ICT





ICT



ICT




Timesqure Bukit Bintang


Selepas ronda kat Times Square , Kakak hantar kitorang kat KL Central sbb train kitorang pkl 8.30mlm. Lebih kurang pkl 10.30 pagii kami selamat smapai kat rumah.


MaJLiS TuNanG.......

   Mcm tak caya plk sbb tahun ni dapat bakal menantu sulung.hehehe dah tua gamaknya aku ni. Penyediaan majlis perlu dibuat dengan perancangan awal.  Aku ni jenis tak suka buat kerja last minute. So aku buatlah persiapan awal sikit2.

Nasib baik ada Iman dpt jgk mesin rumput hehehe


   Aku diberitahu pihak lelaki nk datang 60 org lebih kurang la...Biasanya majlis tunang ni kecil-kecilan saja tp oklah aku dn Hubby tak kisah sangat. Menu yg kami sediakan ialah :-
Nasi putih, Dalca , acar timun, ayam masak merah,ikan keli goreng,sambal dan tidak ketinggalan budu bersama ikan tawar,putik pauh serta ulam-ulaman. Ini adalah sejenis makanan tradisi Kelate,pembuka selera.Pemanis mulut pula ialah Tapai pulut (ditaja oleh kakakku Ton ) kueh Cara berlauk (ditaja oleh kakakku Kak Yah) dan gula serta beras jgk ditaja oleh anak buah &suami. Alhamdulillah rezeki aku murah. Aku bersyukur padaNYA.






  Semua masakan buat sendiri dengan bantuan ipar duai dan jiran tetangga. Terima kasihlah atas pertolongan korang semua ya hehehehe. Majlis tunang pun mcm majlis kawin plk. Kami terpaksa sewa khemah sbb pihak lelaki datang agak ramai so rumah ku tak dpt menampung tetamu yg agak ramai. S0 kami buat keputusan sewa khemah sebiji.

Budu special. ikan keli goreng dan acar timun

Bergotong royong masak sendiri


Berehat jap , jap lagi kita susun kerusi lagi yerk...


AJK bahagian dapur .....masak bagi sedap yerk....

Persiapan akhir....
Terima kasih buat sedara mara dan jiran tetangga kerana membantu


masing menunjuk kreativi menggubah hehehe



  Majlis tunang ni berlangsung pada 6.9.2013 iaitu hari Jumaat. Majlis berjalan dgn lancar dan selamat. Keputusannya majlis kawin akan berlgsung tahun depan cuma tarikh belum ditetapkan lagi.So layan jerlah gambar2 dibawah ni. Dan korang buatlah andaian sendiri ok....


yang ni plk siap duduk atas pelamin lagi...




Inilah orang2 kuat yg membantu...thnks my dear


Sedara mara sdg menunggu pihak lelaki


Bertanya khabar bapa sedara....


Rombongan dari pihak lelaki

Agak ramai jgk hingga tak muat rumah hehehehe

Pihak Lelaki

Atur cara Majlis bermula


Bakal bapa mertua menyarung cincin ....gembira jer



Bakal Mak mertua menyarung cincin tunang....moga ada jodoh


Seisi bergambar dari pihak lelaki


bergambar dgn sedara mara



Para tetamu dari pihak lelaki mnjamu selera selepas acara peminangan selesai.

Di Hari pra Bahagia ku...kawin baru hari betul2 bahagia...hahahah




Posing selepas majlis







Posing dgn anak2 ...ibu pun tumpang sekaki la...


Bergambar dgn ibu sedara...tima kasih kerana sudi datang...


Posing dgn kawan2 dan adik2



Macam2 posing la ....

Oklah....takat ni jerlah dulu yerk. Insyaallah jika Jodoh dipanjangkan, mereka akan disatukan tahun depan..Sama2lah kita doakan ya..

Wednesday 2 October 2013

Majlis RaYa KaT Ofiss....


Baru ada masa nk update blog ni. Bukannyer aper aku ni dari golongan orang2 yg bizi...kuikuikui...Ni adalah majlis raya aidilfitri lepas kat my ofiss. Meriah ler jgk. Banyak ler jgk menunya. Aku tidak lepaskan peluang tunjukkan bakat ku yang tak seberapa ni. Aku bawak Mee Kari. Kalau korang nak tahu , inilah pertama kali aku buat mee kari. Selalunya aku pandai makan jer hehehe

menu terbaik tapi tak ada alas meja la pulak.



Gambar bawah ni pulak , kueh raya dan kek di bawa oleh staff2 lain.


kueh mueh yang dibawa oleh staff


Aku malas ler nak cerita panjang2 nanti macam  cerpen pulak. Korang jgk yang tak sukakan.. So korang layan jer lah gambor2 yg aku berikan yerk.




Masing2 menunggu isyarat utk ke meja makan





Selamat Menjamu Selera


macam2 ada...tak tahu ler nak pilih yg mana satu




Ini apa dia pulak...boleh tengok ??? Akak yg baju biru tu jadi JAGA kut diorang makan banyak kut


 Kena bilang betul satay ni nanti diorang makan terlebih pulak



Sedapnyer...




sedang memilih menu



santai makan kat luar ofis



Kenangan Bersama semua Staff KB