Sunday 6 October 2013

MaJLiS TuNanG.......

   Mcm tak caya plk sbb tahun ni dapat bakal menantu sulung.hehehe dah tua gamaknya aku ni. Penyediaan majlis perlu dibuat dengan perancangan awal.  Aku ni jenis tak suka buat kerja last minute. So aku buatlah persiapan awal sikit2.

Nasib baik ada Iman dpt jgk mesin rumput hehehe


   Aku diberitahu pihak lelaki nk datang 60 org lebih kurang la...Biasanya majlis tunang ni kecil-kecilan saja tp oklah aku dn Hubby tak kisah sangat. Menu yg kami sediakan ialah :-
Nasi putih, Dalca , acar timun, ayam masak merah,ikan keli goreng,sambal dan tidak ketinggalan budu bersama ikan tawar,putik pauh serta ulam-ulaman. Ini adalah sejenis makanan tradisi Kelate,pembuka selera.Pemanis mulut pula ialah Tapai pulut (ditaja oleh kakakku Ton ) kueh Cara berlauk (ditaja oleh kakakku Kak Yah) dan gula serta beras jgk ditaja oleh anak buah &suami. Alhamdulillah rezeki aku murah. Aku bersyukur padaNYA.






  Semua masakan buat sendiri dengan bantuan ipar duai dan jiran tetangga. Terima kasihlah atas pertolongan korang semua ya hehehehe. Majlis tunang pun mcm majlis kawin plk. Kami terpaksa sewa khemah sbb pihak lelaki datang agak ramai so rumah ku tak dpt menampung tetamu yg agak ramai. S0 kami buat keputusan sewa khemah sebiji.

Budu special. ikan keli goreng dan acar timun

Bergotong royong masak sendiri


Berehat jap , jap lagi kita susun kerusi lagi yerk...


AJK bahagian dapur .....masak bagi sedap yerk....

Persiapan akhir....
Terima kasih buat sedara mara dan jiran tetangga kerana membantu


masing menunjuk kreativi menggubah hehehe



  Majlis tunang ni berlangsung pada 6.9.2013 iaitu hari Jumaat. Majlis berjalan dgn lancar dan selamat. Keputusannya majlis kawin akan berlgsung tahun depan cuma tarikh belum ditetapkan lagi.So layan jerlah gambar2 dibawah ni. Dan korang buatlah andaian sendiri ok....


yang ni plk siap duduk atas pelamin lagi...




Inilah orang2 kuat yg membantu...thnks my dear


Sedara mara sdg menunggu pihak lelaki


Bertanya khabar bapa sedara....


Rombongan dari pihak lelaki

Agak ramai jgk hingga tak muat rumah hehehehe

Pihak Lelaki

Atur cara Majlis bermula


Bakal bapa mertua menyarung cincin ....gembira jer



Bakal Mak mertua menyarung cincin tunang....moga ada jodoh


Seisi bergambar dari pihak lelaki


bergambar dgn sedara mara



Para tetamu dari pihak lelaki mnjamu selera selepas acara peminangan selesai.

Di Hari pra Bahagia ku...kawin baru hari betul2 bahagia...hahahah




Posing selepas majlis







Posing dgn anak2 ...ibu pun tumpang sekaki la...


Bergambar dgn ibu sedara...tima kasih kerana sudi datang...


Posing dgn kawan2 dan adik2



Macam2 posing la ....

Oklah....takat ni jerlah dulu yerk. Insyaallah jika Jodoh dipanjangkan, mereka akan disatukan tahun depan..Sama2lah kita doakan ya..

No comments:

Post a Comment