Friday 16 November 2012

BERCUTI DI TAIPING

16hb. Okt. 2012

Kami sampai di Taiping lebih kurang 4.oo ptg.Tibanya di sana kami terus ke homestay kat taman perumahan. Aku pun dah lupa nama taman tu. Homestay ni kami dah booking awal2 lagi. Sesampainya kami kat homestay tu kami solat dan berehat sekejap. Lebih kurang pkl 5.30 ptg  kami mula gerak ke Taman Tasik Taiping. Permandangannya cantik sekali.Tenang jer tasiknya setenang jiwaku..kononnyalah...hehehe. Tapi mmg damai laaa. Aku dan hubby serta anak bongsu sempat lagi brposing dpn tasik.

Ini adalah putera sulungku Abd Qayyum Iman. Umurnya dah 12 thn.Control macho nampak hehehe...






Ini pulak putera ke2 dan ke3 ku.  Yang baju color merah tu puteraku yg ke2 namanya Mohd Danish Hakim . Berumur 11 thn dan baju warna hijau tu anak ke3 ku nama yang diberi Mohd Aliff Ashraaf , berumur 7 thn. Mrklah yang akan jadi model sasaranku bila nak bergambar.



Bila kami dah habis brgambar kat taman tasik ni kami akan pergi ke suatu tempat makan yang popular la jgk. Cuba teka kat mana ya...Hehehe. Tempat yg kami nak pergi tu agak jauh la jgk .Lebih kurang 45 minit dari Taiping. Sesampainya kami ke sana kami terus order jer...Korang tengoklah pic tu sendiri....apa yang kami order....


Perghhhhh.....sedapppp. Mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang.Mmg puas hati laaaa.Aku dan hubby order Mee Udang Special (RM11 ). Putera2 ku order yang biasa (RM7 ) jer. Itu pun mereka amat2 berpuas hati. Maklumlah walaupun yang biasa tapi satu pinggan ada 7@8 ekor udang. Kalau tak percaya korang tengok pic di bawah.







Memang puas hatilah makan kat sana. Kos makan ari ni RM50. Berbaloiii...Selepas selesai makan kami bertolak bali ke homestay kami untuk berehat....esok kami nak jalan2 lagi..

Pagi2 lagi putera2 ku dah bangun dan bersiap .Biasanya jenuh aku kejut , susah betul nk bangun. Kami gerak pkl 8.30 pg menuju ke Zoo Taiping. Sampai kat sana kaunter tiket baru buka. Tiket dewasa RM12 dan kanak2 RM8. Putera2 ku begitu excited sgt2.Maklumlah kat negeriku tercinta  Kelate tak der zoo. Kami mula jelajahi zoo yang luas tu. Jom kita layannn pic di bawah.....



Putera bongsu begitu  teruja bila melihat monyet di depan matanya sendiri. Beliau betul2 gembira sangat2. Begitu jgk dgn putera2ku yang lain, masing2 menghayati setiap apa yang dilihatnya kat zoo .




Aliff ... kawan tu nak jgk makan jajan tu...hehehe



Amboi.....Adammm  pandainya cari kawan , siap  bertanya khabar lagi.hahaha





Berposing dgn zirafah dan kuda belang.







Adam wat ape tu...Ramainya kawan2 adik adam....





Bergambar dgn Raja hutan..Lepas gian sbb tak dapt bergambar dgn yang ori  .








So berakhirlah episod Zoo. Kesimpulan yang aku dapat kat sini ialah putera2 ku happy dan berpuas hati. Tapi apa yang aku nak bagitahu kat sini  keadaan zoo yang kurang terurus dan agak kotor. Yang lain semua ok. Kami keluar dari zoo lebih kurang 11 pg. Perut kami mula berkeroncong..jadi kami kena isi dulu. Kami mula gerak ke Bukit Merah Resort.  Dalam perjalanan ke sana kami singgah makan betul dekat dengan trafik light. Restoran ni berhampiran dgn Resort Bukit Merah .Hampir 1 jam perjalanan ke sana. Sesampainya kami di restoran tu apa lagi terus ler isi perut yang dah minta di isi. Makanan kat situ oklah jugak. Harganya agak murah dan lauknya memang banyak pilihan dan layan diri... Kosnya RM25.
Bila dah kenyang kami mulalah gerak ke resort . Putera2ku tak sabar nak main air.Biasalah budak2 mmg seronok bila bertemu dgn air ni..Pakaian mandi mereka tu awal2 dah siap.  Excited ler katakan...Air muka tu penuh dgn seyuman jer...



So sampailah kami di tempat yang diidam2kan oleh putera2ku...Mereka betul teruja. Wajah masing2 tu mmg excited sangat2. Kami beli tiket dewasa RM35 dan kanak2 RM28 kalau tak silap aku ler. Dah lupa la plk hehehe...Kat sini dia dah sediakan loker berbayar , itupun aku lupa la...tapi tk sampai RM10.


Seronok bukan main lagi diorang main ombak...




Putera sulongku menjadi bibik...hehehe




Seronoknya sampai tertidur ke cayang oiii...Adik Adam tu bebas ler tak dok bibik...hehehe


Amboi Hakim...seronoknya main air tak lepas peluang pulak hubby aku tu...

Santai nampak empat beranak ni....

Suasana meriah......

Cepat sikit adik...ayah nok gi main air kat sana pulak....

Adik Adam dok diam ler ...Jangan ler nangis, ayah tak puas lagi main air ni....



Masa bersiram bersiap sedia untuk pulang....


Eeeee tak puas lagi ler main air dah nak balik ler pulak...

Lebih kurang pkl 5.00ptg kami bersiap utk balik ke Taiping...Putera2ku nampak tak puas lagi nak main air...Tak apalah sayang lain kali kita datang lagi tapi kita pergi kat Tambun @ Gambang pula...Insyaallah bila ada rezeki ...



Keesokan pagi2 lagi dlm pkl 7.30pagi kami bertolak balik ke Kelate..Hubby ku drive pun santai2 jer...seronok la pulak tak rushing..Kami berhenti rehat di atas bukit Banjaran Titiwangsa..Sejukkk plk ari tu sbb hujan renyai2..sempat lagi putera sulongku bergambar bersama Adam. Kat sini sdg upgared. Nampak selesa sikit. Tandas pun dah ok sangat. 

Kami sampai Kelate sempat lagi singgah kat Rantau Panjang . Putera2 ku siap beli kasut bola..Kesimpulan aku rasa percutian kali ini betul2 memberi kepuasan buat kami sekeluarga...Insyaallah jika ada rezeki kami akan bercuti kat negeri lain pulak...Ok


1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete