Friday 30 November 2012

SWEET BEACH RESORT


Kami bertolak dari Wakaf Bharu pkl 10 pagi. Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami sampai ke destinasi iaitu Sweet Beach Resort .  Anak2 dah mula exited bila tengok kolam. Bila siap check in kami terus masuk bilik. Keadaan bilik selesa dengan 2 katil double. Tapi sorrylah aku lupa nak ambik pic bilik tu.
Anak2 dah mula riuh rendah cari baju mandi.Bila dah siap berpakaian mandi mereka terus ke kolam ,kebetulan bilik aku mengadap kolam. So apa lagi mereka terus terjun .......


Masing2 ceria dan gembira ibarat itik jumpa air.. Macam2 cara terjunan di buat. Memang puas hatilah diorang tu.



Bila dah sejuk dan puas berendam mulalah duduk ditepi-tepi kolam. Berjemurlah konon-kononnya..hehehe
Tapi kami kaum2 ibubapa ni tak lepaskan peluang untuk main kolam jgk. Dalam hati tu meronta2 mcm anak2  juga nak mandi kolam tapi buat2 jual mahal la konon.hehehe. Tapi bila jumpa air tu lebih dari budak2 . Kalau tak caya tengoklah pic dibawah ni.



  Ini dikatakan orang tua jadi budak balik. Perangainya lebih teruk dari budak la...Tapi seronok jgk jadi budak sekali sekala.hehehe




Hubby pun tak lepas peluang main kolam. Konon-kononnya nak temankan Adam main kolam .


Lebih kurang pkl 4.00 ptg kami buat acara sukan ler pulak. Siap main bola tu...Nasib baik cuaca pun redup jer tak le panas sgt.
Aku pemerhati jer ....mmmmm

Tak tahan ler ...last2 aku jadi Khairul Fahmi Che Mat...Penjaga gol...hahahaha
Hubby nak Aliff anakku menjadi pemerhati pulak...


Lebih kurang pkl 5.30 ptg kami yang tua2 ni  mula beransur2 bersiap ukt solat asar. Rehat kejap . Kaum bapa mula buat persiapan tempat untuk BBQ.Seronoknya kat SBR ni ,pihak resort tidak mengenakan sebarang caj untuk alat BBQ. Tapi di resort lain dikenakan RM50 untuk satu alat BBQ. Ini dikira sudah save la.
 Selepas maghrib kami semua mula berkumpul di kawasan BBQ. Masing2 dah lapar maklumlah sehari berendam dlm kolam tanpa makan. Bila keluar kolam baru terasa lapar.

Masing2 excited tunggu ayam bakar .Sambil2 tu siap posing lagi.


Malam tu kitorang makan dengan penuh selera cuma sorilah sampai terlupa nak snap pic kerana terlalu lapar ...hehehe ...Majlis BBQ tu tamat lebih kurang pkl 10.00mlm. Kami berehat dgn penuh kekenyangan.Esok masih ada ..hehehe

Esok pagi lebih kurang pkl 8.00 pagi kami menjadi selera di restorannya. Kat SBR juga tak  berkira pasal makanan.Biasanya kat resort lain hanya 2 orang saja dapat makan pagi tanpa bayaran tapi kat sini semua keluarga kita kat sini dapat makan walaupun menunya hanyalah nasi lemak. Tapi kami rasa berpuas hati sbb kami tidak perlu memikirkan kat mana nak cari makan . Tambahan bagi kami yang bilangan keluarga yang ramai rasa2nya kalu tapau nasi (nasi bungkus ) banyak jgk ler RM kena keluar...So sekali lagi save budget kami.

Lebih kurang pukul 11.00 kami mula berkemas untuk check out. Sebelum tu sempat lagi kami berposing hehehe...tengok pic ini.
Pic diatas tu depan kolam dan depan bilikku.

Sama jugak dengan yang ni berposing habis2an...Insyaallah lain kali kita datang lagi ....SwEEt BeAch ReSorT....SaYoNaRA....



No comments:

Post a Comment