Friday 1 August 2014

Aidilfitri 2014

Dah lama ummi tak update entry baru. Maklumlah sekarang ni terlalu sibuk dgn kerja . Tapi utk raya tahun ni ummi cuba jugak createkan entry ni sampai habis dan tak der smbungan pun....Ikutilah kisahnya Satu hari Di Hari Raya !!!!!!

Tahun ni Aidilfitri amat bermakna kerana semua anak2 dapt berkumpul . En Suami pun ceria jer sbb semua anak2 ada disisi semasa Aidilfitri. Tahun ni ummi mmg sibuk sikit dgn kerja . Hari cuti pun terpaksa kerja so masa utk mengemas rumah agak terhad. Mujurlah En Suami ada, bersemangat dia mengemas rumah . Terima kasih Sayang !

Raya pertama, mcm biasalah ummi tak masak berat2,hanya sekadar goreng mee tiaw jer sbb kebiasaan kitaorang akan beraya sakan sampai ke petang.Pagi raya kita akan kerumah belah En Suami dulu kemudian baru ke rumah belah ummi. Semua anak2 turut serta ,Alhamdulillah....



Kejadian pagi raya ,bermaaf maafan 


Hero hero ummi tak lepaskan peluang utk berposing sama




Ceria bangat mereka mereka iteww



Anak beranak berposing di pagi raya


En Suami berposing dgn adik beradiknya dan ummi serta anak2 pun sama hihihihi




Pada sebelah malam ,rumah ummi mmg sibuk sikit sbb setiap raya ke 2 ummi akan buat rumah terbuka. Biasanya ayam 10 ekor ,mihun 10 bungkus,Laksa 6 bungkus dan ikan 3 kilo. Menunya biasalah Mihun Sup, Laksa Penang dan biskut raya.Malam tu kitaorang bergotong royonglah anak beranak kat dapur. Terima kasih buat anak2 kerana sudi menolong ummi kat dapur hihihihi...Semua settle dlm pkl 2 pagi. Fuhhh!!! penat betullll...

Lebih kurang pkl 9.30pagi ,tetamu dah mula datang. Maka bercawat kontanglah kitaorang  melayan tetamu. Memang sibuk giler tapi seronok sebab tetamu semua datang.Penat jgklah layan tetamu yg tak putus2 datang sampailah pkl 2.00 ptg. Sup dah tinggal sikit dan Laksa Penang mmg dah licin pukul 12 lagi. Tuan rumah pun tak sempat makan hihihihi..Sup sebenarnya ummi dah masak banyak dah sampai 2 periuk besar tp masih tak cukup jgk so terpaksalah ummi masak sekali lagi ,takut tetamu lain sampai, sup dah habis plk.Pernah raya dulu, ummi cuba ubah menu. Menu nasi dan mee kari tapi tak jalan ler. Diorang mmg mengharapkan menu Bihun Sup dan Laksa Penang. Mereka mmg tunggu2 raya utk datang kerumah ummi semata-mata utk makan Bihun sup dan Laksa Penang. Hari tu mmg mereka kecewa sangat. Sejak ari tu  ummi dah tak ubah menu lagi . 

Beginilah suasana rumah terbuka kat rumah ummi setiap tahun




Kat rumah ummi tempat mereka bergurau senda dan berkumpul


Pkl 2 petang tetamu dah mula balik so masa ni agak kurang sikit tetamu datang so bolehlah kami anak beranak berehat dan solat dan sempat lagi tidur jap. Maklumlah penat sesangattt. Pkl 3.30ptg tetamu dah mula datang . Nasib baik ummi dah siapkan sup lain. 


Adik beradik ummi dan anak2 buah pun tak ketinggalan dtg brkunjung kerumah ummi


Pkl 5.00 ptg tetamu dah balik semua. Dapatlah kami berehat dan kemas2 apa yg patut. Nasib baik anak dara rajin , diorang ler yg kemas rumah..hihihih...thks my dear..


No comments:

Post a Comment