Part 1
Nampok gayanyer teman bercuti kat Tepeng lagi ler.Tapi kali ni teman berkonvoi 4 buah kereta. Sebetoinya teman ada jemputan kawin kat Taiping. Disebabkan musim cuti sekolah so teman hadirlah ke majlis kenduri sepupu teman tu. Oklah korang layan jer citer aku ni yerk...bermulalah kisahnya....
Pada pkl 7 pagi, aku, 2 abang-abangku serta kakakku bertolak dari Kelantan menuju ke Taiping. Kami melalui jalan Rantau Panjang ke Jeli . Lebih kurang pkl 11 pagi kami selamat sampai ke R&R Banjaran Titiwangsa. Kami menjamu selera dan rehat jap sambil meghirup udara segar puncak bukit gitu hehehe.
Inilah pasukan konvoi yg berjiwa kental |
R&R ni mmg femeslah bg mereka yg menggunakan Lebuhraya Timur Barat kerana mereka mesti berenti utk berehat dan menjamu selera kat sini.Dan ada jgk bergambar berlatar belakang bukit bukau kat sini. Kat sini jgk agak sejuk ala-ala Cameron Highland gitu. hehehe. R&R ni pun kini berwajah baru dn lebih selesa jika dibandingkan dulu. Makanan sini pun ok tidaklah mahal sgt.
Inilah rupa wajah restoran |
Masing-masing2 sedang menghayati makanan yg dimakan |
anak2 dan sepupu diorang Uyin |
Aku dn hubby pun tak lepas peluang jgk .Ambil bahagian jgk bab posing ni hehehe.So sweet ....
Berlatar |
Lebih kurang pkl 11.30 pg kami teruskan perjlnan. Kali ni kitorang nak menziarah bapa saudara belah arwah ayahanda. Oh ya, fyi ...ayahanda kitorang berasal dari Perak. So ramailah sedara2 kat sana. Bapa sedara kita ni nama gelaran yg kitorang panggil adalah Pak Man dan dah berusia. Kami mndpt tahu Pak Man tidak sihat. Pak Man tinggal kat Kuala Kangsar. Sebetulnya aku tak pernah kerumahnya. Agak2 kami jumpa tak rumahnya kat Kuala Kangsar tu? Adakah ia satu cabaran buat kami.....kita sambung part 2 ok....
No comments:
Post a Comment