Monday 14 December 2015

BaNjiR OH BanJiR 2014 - Part 1




Penutup tahun 2014 ,adalah BANJIR yang teramat dasyat dan menjadi sejarah negara. Kelantan adalah negeri yang paling teruk dilanda banjir. Paling teruk adalah di Gua Musang & Manik Urai. Di susuli P.Mas dan Tumpat. Boleh dikatakan 80% negeri Kelantan menerima musibah banjir ni. Aku jgk tak terlepas dari musibah ni...

Pada 25hb Disember 2014, pkl 6 pagi ,aku terkejut kerana rumah ku sudah ditenggelami air sedalam 2 kaki. Sang Kancil ku tak sempat dibawa keluar sebab kitorang tak jangka air banjir akan naik kerana tiada hujan. Rupa2nya air sungai di Gua Musang dah melimpah . Aku sekeluarga cepat2 alihkan kereta kancil, wira dan 2 buah motor ke kawasan sekolah  kerana kat situ tinggi. Bila semua dah ok,aku mengajak hubby utk ke Tumpat sbb nak tengok rumahku yg baru beli tu. Manalah tahu kut2 naik air jgk. Sebab rumah tu rendah,maklumlah teres jer...

Kami sekeluarga ke Tumpat tapi terpaksa guna jalan jauh sebab jalan biasa tu dah tak boleh lalu. Sampai jer kat sana , Alhamdullillah rumah tu selamat dari banjir. Kitorang santai ler kejap kat rumah tu , tup-tup anak sedara kat call dan bagitahu rumah kitorang dah nak tenggelam...eh eh eh biar betul, tadi masa kitorang pergi , air masih lagi paras lutut. Takkanlah naik mendadak mcm tu..Aku mmg tak percaya laaa....

Kami bergegas balik rumah, Ya ALLAH....rumahku dah hampir nak dimasuki air..Rasa tak lojik jer sbb rumah ku tinggi. Sudah 16 tahun aku tinggal sini,paling tinggi banjir pun paras pinggang jer...Kereta semua dah tak boleh lalu . So aku ,suami dan anak2 balik rumah dengan mengharung air paras dada. Kami kemas barang2 penting dan letak diatas meja..Pada fikiranku tak mungkin air naik sampai dalam rumah..Kalau air masuk rumah,maknanya kat depan rumah, air dah melebihi paras kepala..Subhanallah.....





Ni air dah mula naik





Paras air dah naik tahap gaban tunngu nak pindah jer...






Mula pindah . Anak kecik letak dalam tangki . Nasib baiik ada tangki ni.

Aku dan keluarga mula pindah dengan mengharungi air banjir paras leher. Aku memang berserah jer pada NYA.



Mula bergerak mengharungi air paras leher...
Aku dan keluarga tinggal kat rumah adik ipar . Aku tak nak pindah ke pusat perpindahan memandangkan kat sana mmg terlalu ramai mangasa banjir dan pula bekalan air bersih  terputus.Aku dok umah adik ipar dalam 2@3 mlam jgk laa..Masa petang selepas keluar dari rumahku , aku dan En Suami balik semula kerumah kami dgn menyewa bot perahu.

Masa tu mmg rumahku sudah dinaiki air banjir.  Maknanya di depan rumah aku tu kalau turun dalam air , mmg tenggelam terus..hehehe

Beginilah suasana dalam rumahku. Bekalan letrik dan air mmg sudah dipotong oleh pihak berkenaan bagi mengelakkan kejadian2 yg tak diingini berlaku.

Keadaan kat dapur masa air naik


Ruang Tamu...

Memang banjir tahun ni amat teruk sekali. Banjir tahun ni dinamakan 'Banjir Kuning'. Memang perit jgk ler tapi mungkin ada hikmah disebalik musibah ni..Kami terima dgn penuh rela..


Keadaan kereta selepas banjir ...teruk huhuhu




Banjir oh Banjir



No comments:

Post a Comment