Saturday 6 June 2015

Ho Chi Minh - Part 1

Awal betul aku buat entry ni. Semalam baru balik dari HCM. Badan pun masih letih lagi. Tapi tak perlah. Bukannya  apa aku takut lupa plk jalan ceritanya. Sekarang ni tengoh fresh lagi. Bila dah mula masuk kerja, langsung lupa plk..betulkan... Ikutlah entry aku yang tak seberapa ni.Jom layannnn....

Seawal 6.30pagi aku dan anak aku dah sampai kat Airport Pengkalan Chepa. Hari ni hubby kerja so dia hantar aku kat airport agak awal sikit. Niat nak breakfast kat kedai makan tak kesampaian disebabkan hubby kerja. Tambahan plk ofis dia agak jauh dan bertentangan dengan airport. Pada mulanya aku nak jalan kaki jer kat kedai makan depan airport tu tapi tengok jam, mmg dah tak sempat . Aku ambik keputusan ambik breakfast kat KFC airport KLIA2 jer.

Ni la anak dara aku...hehehehe. Ni adalah first time dia naik flight


Jam 8.00pg aku berlepas dari Kota Bharu dan sampai KLIA2 pkl 9.00pg. Pertama kali aku pijak kaki kat KLIA2. Mmg gelabah jgk sbb tempat tu kan besau dan first time plk aku jejak kat situ. So kena pusing2 jgk nak cari pintu nak ke International Gate. Tapi first yg aku cari ialah KFC. Nanti sampai HCM nanti kut lapar plk tambah2 lagi kat sana susah nk cari makanan halalkan.

Pusing2 tu jumpalah jgk KFC. Aku ambik Classic Rice dan anak aku ambik Twister Lite.Aku siap bungkus 2 set Classic Rice utk makan kat sana. Sedap jgk set ni.

Dari Mr Google




Bila perut pun dah penuh, kitorang terus ke Departure International.Masa pemeriksaan , anakku tak lepas kerana ada cecair dalam beg galasnya. Nasib dia kurang baik, ubat gigi kena ambik. huhuhu.Diingatkan pada korang,sebarang cecair tak dibenarkan bawa ke atas flight.Tapi atas nasib jgklah sebab yg aku punya lepas la pulak, Pkl 11.15pg kita berlepas dan pkl 1.15ptg sampai. Tapi untuk korang tahu, masa kat sini lewat satu jam dengan Malaysia. So masa aku mendarat kat sini dlm pkl 12.15ptg time diorang la.


Pandangan dari Ruang Udara...pandai tak aku snap gambar...hehehe


Terkejut aku bila saksikan kepadatan dan kepesatan penduduk Vietnam

Kawasan Luar Airport...Besau jgk 



Selepas kami buat urusan dgn imigresen diorang,aku terus cari bas bernombor 152 seperti yg diberitahu oleh blogger lain. Mmg ada pun bas tu.Terpacak kat depan airport. Aku terus naik jer. Tambangnya 5.000 VND. Lebih kurang 30 minit ,sampai ler kami kat last stesyen. Turun jer bas dah ramai2 yg tunggu. Jangan salah erti ya..diorang tu bukan peminat aku tapi peminat semua pelancong yg datang . Diorang ni sebenarnya pemandu motor tambang. Aku mmg tak naik ler ...takut... Cuma diorang ada tanya, kitoang nak ke mana. Aku terus tunjuk nama Hotel . Diorang tunjuk arah..ok la tu..



Dalam pada tengoh jln2 tu nak lintas jalan , pengayuh beca plk sibuk2 tanya nak kemana. Aku pun tunjuk ler nama hotel dan alamat. Dia kata dio boleh hantar tambang 5.000VND jer. Murahnya...aku pun naik ler. Dalam 10 minit sampai lah kat hotel tu tapi agak jauh jgk  Hotel pun aku tak nampak pun. Dia terus minta tambang. Korang nak tahu berapa dia minta????????? Cer teka...
Begini rupa betuk beca tu..tapi ni dari En Google


500.000 VND..Nak tahu kalu convert ke RM. Amount dia mmg giler bangatttt...RM84 uolls..Terkejut beruk aku dibuatnya. Pada mulanya aku x tahu jgk sbb br sampai so tak berapa fasih sgt nak convert. Aku cari ler nota senarai harga duit yg dah di convert. Bila dia tahu aku nak tengok senarai tu , terus dia larang aku dari menengoknya. Mmg kuat betul dia nak kenakan aku. Sebetulnya dia , 2 orang sbb 2 beca. Aku mula naik hangin la.Apa tidaknya dari 5.000 VND terus jadi 500.000 VND. 

Aku terus berkeras tak nak bayar. Dia marah kat aku sbb dia cakap yg dari awal2 dia dah bagitahu jumlah tu. Apa , dia ingat aku ni bodoh ke. Lama jgk la aku bertahan. Aku cakap dgn dia, kalu nak duit tu, aku boleh bagi tapi kita cakap kat hotel. Dia mmg takut. Dia tak nak . Last dia minta USD plk. Nak tau brp dia minta. Ya ampunnn... minta USD20 la plk. Bila convert mmg lebih kurang sama jer. Mmg diorang ni pasal duit ni bijak jer.. Aku bagi 5.000 VND (RM0.80)dia cakap,kalau banyak tu nak beli air meneral pun tak lepas. Aku tetap berkeras walaupun dalam hati ni takut jgk sbb sekarang aku berpijak di negara komunis. Tengoh kitoang ding dong ding dong, dari jauh aku tengok ada 2 orang berpakaian seragam serba hijau. Mungkin polis . Wak beca pun mcm gelabah skit. Pas tu dia minta bagi jer USD.
Ava Hotel

2 orang berseragam tu bertanya apa halkan. Aku terus cerita la. Dia cuba cakap dgn Wak beca tu. Pak polisi ni pun aku geram jgk sbb dia langsung tak senyum kat kitaorang. Macam kita plk yg salah. Aku terus bagi RM5 jer . Wak beca tu minta 2 keping , aku tak bagi pun . Aku ucap terima kasih kat "Pak polisi " yg tak mesra alam tu dan aku terus belah jer. Alhamdulillah selesai gak masalah tu. Aku terus cari hotel dan jumpa. Rupanya dekat jer Stesyen bas ke hotel tu. Wak beca tu pusing ikut jauh. Kurang asam betul....


Ni Bilik superior. Bilik aku kecil skit dan tak der window.
Aku terus check in. Tapi aku diberi bilik superior dulu utk hari tu ,disebabkan bilik standard tak der kosong. Esok baru pindah. Tak ada tambahan duit.Mmg betul lah ,semua orang puji akan kebersihan hotel ni dan pekerjanya pun baik2.aku suka aku suka...Facility yang disediakan dalambilik ni, berus gigi.syampu,sabun, sikat dan putik kapas. Kira oklah tu. Bila dah settle semua, aku terus masuk bilik dan rehat jap, mandi dan
 solat. Landing2 atas katil.Yang paling aku suka, Wi-Fi sini mmg laju giler walaupun dalam bilik.

Lebih kurang pkl 5.00ptg aku dan anakku mula ingin menjelajahi bandar HCM. Mula2 kita pergi  Ben Thanh Market . Korang mesti dah tahu apa yang ada kat sana. Ada jual kain cotton, kain lace, prada lace, sutera Vietnam, baju balus, tshirt, kemeja lelaki dan wanita, kasut, cadar, table runner, lapik meja, sarung bantal bersulam, souvenir dan macam-macam lagi. Tapi harganya akan jadi mahal jika korang tak pandai bargain. Jarak hotel aku dgn Ben Thanh Market dalam 4 minit jer jalan kaki. Mmg dekat. Sampai sana, aku cuma tengok2 jer dulu. Tapi sempat jgk beli kopi bila di rayu amoi tu. Kopi tu harganya RM20..giler kena lagi...uwaaaa..asyik kena tipu jer. aku jgk beli sepasang kain cotton RM20. Mmg murahlah kat kedai yg bloggers cadangkan tu. Aku servey jgk kat kedai lain, tapi kat kedai dia tu mmg murah dari kedai kain lain.Bila dah habis ronda2, kitorang balik hotel utk berehat dan malam nanti ,kita jalan lagi....

Ben Thanh Market dari arah hotel saya menginap
Masa nak balik hotel ,aku tengok banyak buah2 yg siap dibuang kulit dan diletakkan dalam bekas. Satu bekas harganya RM5. Mahal la jgk kan. Sama jer harga dengan tempat kita. Tapi aku beli la jgk. Buah buah nangka. Sampai jer hotel , perut dh mula berkeroncong minta diisi. Nasib baik ler ada nasi yg aku beli kat KFC tadi. So jom kita makan dulu.



Sedap la nangka ni, Pejal dan manis




Sempat berposing kat pasar malam

Plk 7.30mlm, kitoang turun ke pasar malam. Katanya mcm macam ada.Moh kita.....Masa kami sampai , kedai baru nak buka. Kalau korang nak datang , lebih baik datang dalam pkl 8.00 mlm keatas. Kami tak beli apa2 pun. Banyak masa lagi .Tak perlu bergopoh . Aku cuba jgk tanya harga2 barang kat sini,tapi diorang ni mmg kureng sikit. Bila kita tanya rega , dia buat mcm2 cara utk kita beli barangan diorang. Dinasihatkan kalu korang x nak beli jgan cuba bagain. Ada aku jumpa sorang kakak tu, dia sebenarnya tak nak beli barang tu tapi disebabkn amoi tu bersungguh2 promote barang dia, akak tu tawarkan harga yg tak mungkin amoi tu bagi. Tapi dia tak jangka , amoi tu bagi la plk harga yg ditawarkan. So terpaksa ambik la jgk.

Kadang2 aky takut jgk dgn sikap diorang ni. Nak tanya harga pun takut. Nak selamat aku mengekor jer akak2 Malaysia yang lain. Aku minta kebenaran mereka nak follow. Diorang ok jer.Aku mengekor lah .Macam aku ni group diorang plk hahaha. Aku nasihatkan ,kalu korang datang berdua lebih baik korang buat mcm aku ni. Jangan sekali2 menyombong. Akak2 tu terkejut jgk bila tahu aku hanya datang dgn anakku jer first time datang sini.  Diorang tabik spring kat aku..Kembang kejap..hihihi. Bila dah habis meronda,kita pun berpecah.Aku balik hotel dan bersihkan diri dan layan whatsapp dan FB jap pas tu terus zzzzzzzzzzz....


Bersambung --Ho Chi Minh - Part 2