Saturday 23 May 2015

Ho Chi Minh -Persediaan Awal

Tercapai jgk ler hajat aku nak pergi melancong kat Vietnam syurga membeli belah. Terima Kasih pada hubby sebab izinkan aku pergi.Tapi masalah jgk kerana aku x der teman utk kesana . Pada mulanya rancangan nak gi dengan anak buah ku tapi terpaksa batal kerana anak buahku tak dapat cuti maklumlah guru. Mmg susah nak dapatkan cuti. Nasib baiklah anak perempuanku sanggup pergi. Kebetulan dia baru habis belajar kat USM. So masalah ku settled,...hehehehe

Banyak perkara perlu aku lakukan. Diantaranya :-
1. Tiket Flight
2. Passport
3.Tukaran Mata Wang
4.Hotel


Tiket Flight
Aku cuba usha usha AA. Alhamdulillah... ada sale. Dari Kota Bharu ke KL (pergi balik ) dalam RM238 utk 2 orang. Dari KL ke Ho Chi Minh City (pergi balik ) dalam RM556 utk 2 orang. So ok la tu kan.

19 Mei 2015 (Selasa )
KBR => KUL -AK 6431 (0800am - 0900am )
KUL => HO CHI MINH CITY -AK 528  (1115am - 1210pm)


22 Mei 2015 (Jumaat )
Ho Chi Minh City  => KUL -AK 529 (1240pm - 1530pm)
KUL => KBR - AK 6640 (1735pm - 1830pm )

Passport
Pada awal bulan April aku dan anak luangkan masa utk buat passport. Passport aku kebetulan dah nak tamat tempoh pada April lalu.  Ok dah beres.



Tukaran Matawang
Sebetulnya aku pun tak tahu berapa perlu aku tukar sebenarnya. Dalam blog2 yg aku baca,kita boleh jgk tukar duit kat sana,So aku hentam jer lah..hehehehe. Dalam blog2 yg aku baca,kita boleh jgk tukar duit kat sana Jadi aku tukar skit jer la.Tukarannya seperti berikut:-

USD100 = RM372
VSD300K = RM155



Hotel
Seeloknya korang booking awal2 jgn jadi macam aku ni. Asyik tangguh tangguh last last hotel dah full book. Seperti hotel yg femes kat blog Saigon Pink 2 Hotel & Hoang Hai Long 2. Disebabkan terlalu sibuk dgn tugas kat ofis, aku selalu tangguh utk servey hotel. Tapi apapun nasib baik aku dapat hotel yg lagi murah dari hotel2 femes tu.Nama hotel tu Ava Saigon Hotel.Harga offer RM63 1H1M. Aku booking utk 3 mlam dalam RM 238 termasuk tax. Alhamdulillah selamat hehehe.Customer Comment utk hotel ni ialah 8.0 Very Good.


Ok nanti kita jumpa dalam entry akan datang ok...Vietnam tunggu aku datanngggggg.....