Monday 30 December 2013

Taiping Lagi.....- part 3

Part 3

Pkl 11 pagi kitorang dah berkumpul di taman permainan kat Taman Tasik. Bermulalah expidisi meronda bandar Tepeng. Kami ambik gambar sekitar Taman Tasik yg indah itew.







Eh eh..kumpulan panca sitara pun ada ker ? Tapi nape nampak mcam dah kembang2 jer ...hahaha. Inilah diantara ahli2 konvoi yg dah bergelar bini orang dan mak budak  hehehehe...

Bila dah habis posing kat sekitar taman tu ,kami beralih pulak ke perahu kayuh kat Taman Tasik. Budak2 tu seronok ler dapat naik perahu tu. Perahu berbentuk angsa putih pun ada. Tiketnya pun tak ler mahal. Seekor angsa boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak dengan harga RM12. Memang oklah harganya. Antara harganya RM20 utk 4 orang dewasa dan RM50 utk 6 @8 orang ,aku pun dah lupa la pulak. Korang servey sendiri lah yerk hehehe.Setiap perahu ni boleh naik selama setengah jam . Tapi mmg puas hatilah.Walaupun naik lebih masa pun mereka tak pulak  bising.. Yang pasti kebanyakkan nyer diorang hanya naik 1/2 jam jer kerana tak larat nak mengayuh.

Anak2 aku pun tak lepaskan peluang utk menaiki perahu angsa tu. Ini adalah pengalaman pertama mereka. Memang mereka teruja. Kat sini jgk disediakan life jacket utk keselamatan.

orang tua ni pun naik jugok ko ???anak tak minta tapi ibu pulak yang lebih2 ahahahaha
Masa utk anak-anakku menaiki perahu angsa dah tiba. Dengan penuh semangat diorang berjalan menuju ke Angsa putih itew.Bermulalah penjelajahan mereka kat tasik tu. Hampir 40 minit diorang mengayuh. Dah tu akhirnya mereka mengalah jugak kerana penat sangat2. Matahari pun dah menegak atas kepala. Aku tengok baju mereka basah dengan peluh. Kesiannyaaa.. Bila group konvoi dah selesai penjelajahan kat Taman Tasik     tu kita berpisah dan balik homestay masing. Petang nanti baru pergi kenduri kawin tu. Aku balik rumah dulu utk berehat jap.




Jam 4 petang kami sampai kat Majlis kenduri itu. Mungkin kami adalah tetamu terakhir kut sbb majlis tu dah tak ramai tetamu. Kalau di Kelantan waktu ni adalah masa paling sibuk sbb tetamu lebih suka datang waktu petang .  Aku mndapat tahu abang2 ku dah bertolak balik ke Kelantan. Kami tak sempat jumpa dgn diorang.

Pengantin perempuan adalah sedaraku. Pengantin bergambar bersama Bapa Saudara




Ini adalah ibu saudara dan nenek pengantin jgk saudaraku 

Dibawah ni adalah gambar sepupu-sepupuku sebelah ayahanda ku yang tinggal kat Perak.Yang baju coklat tu adalah ayah pengantin perempuan. Untuk Abg Bakar dan Kak Zah , tahniah kerana mendapat menantu yang pertama . Dan utk ELLA , selamat pengantin baru dari kami sedara dari Kelantan . Semoga di panjangkan jodoh dan bahagia hingga ke akhir hayat ,insyaallah...aminnn.



Inilah suasana majlis yang dah tak ramai tetamu. Kami jer yg menyibuk 


Inilah keluarga kesayangan ku yg dah kenyang dan balik dengan penuh semangat hahahahaha. I'M ALWAYS LOVE YOU ALL.......muaaahhhhhh


Hoi korang ....adam ni nak tinggal ke?? Wahhh dah kenyang lupa adik adam pulak ya huhuhuhu

Petang tu balik dari kenduri,kami teruskan rancangan kami untuk makan mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang. Orang cakap kalau datang sini mesti singgah kat Kuala Sepetang. Perjalanan kami kesana ambil masa lebih kurang 45 minit gitu. Namun hampa sbb no parking. Orang terlalu ramai.Parking kat tepi jln pun dah penuh dengan berpuluh2 biji kenderaan.Takkan aku nk parking 2 km pulok. Dan juga masa tu hujan lebat sgt. So kami pun batalkan hasrat kami untuk makan Mee Udang Mak Jah tu.Frust menunggeng aku dan anak-anak huhuhu.

Dalam perjalanan balik homestay kami singgah kat Pasaraya Econsave. Kami beli bekalan sikit utk perjalanan balik esok. Lepas shopping terus balik. Dalam hati masih tak puas hati sbb kempunan Mee Udang Mak Jah. Untuk mengubat hati yg lara ni kami nak pi cari Yong Tau Fu tepi balai Bomba kat Tepeng. So kami pun pi lah cari tempat tu. Ingatkan senang nak cari ,rupanya jenuh pusing tp tak jumpa jgk. Lastly anak buahku guna GPS. Aku pun follow jer keretanya. Rupa-rupanya lagi jauh lencongnya hingga sampai Air Kuning. Aduiiiii sesat lagi. Aku cuba guna GPS aku plk dan akhirnya jumpalah tempat yg dicari itew .Lega rasanya.



Kami sedang menjamu selera dgn penuh selera

Sampai jer kita terus order Yong Taufu dan lain2. Kami menjamu selera dgn penuh nikmat. Kakakku tak ikut serta kerana suaminya demam. Kesian jgk sbb Kak Ani lah yg excited nak makan Yong Taufu tu. Tapi tak apa kita tapau untuk mereka.




Yong Taufu dan ABC femes

Perut dah kenyang dan hati dah senang so bayar terus balik . Dalam perjalanan balik,sekali lagi aku diuji. Kami SESAT lagi...Hampir 12 baru sampai rumah. Sampai rumah Kak Ani dah pun tidur. So kami pun terpaksa tidur awal sbb esok dah nak bertolak balik.

Jam 8 pagi kami bertolak balik ke Kota Bharu .Dalam perjalan balik kami ronda jap bandar Kuala Kangsar. Ingatkan nak singgah makan kat pasar tepi Sungai tu ,tapi penuh .Parking pun tak der maklumlah kebetulan hari minggu so ramailah pengunjung kat area tu. Kami pun teruskan perjalanan  ke destinasi  kami iaitu Kota Bharu.








Alhamdulillah...kami selamat sampai rumah jam 5 ptg itu pun sempat singgah shopping kat Rantau Panjang hehehe.....maaf yerk sbb ayat-ayat dalam enry aku berterabur maklumlah aku ni bukan penulis pro hehehe.The End....



Taiping Lagi..... - part 2

Part 2

Bermulalah expidisi kami mencari rumah Pak Man. Mmg kami tersesat ler huhuhu. Jam menunjukkan pukul 2.30 ptg, rumah yg dicari belum jumpa. Habis tempat kitorang pusing,namun masih tak jumpa. Lastly jumpalah jgk rumahnya selepas buat beberapa panggilan kt sedara yg tahu rumah Pak Man. Kami kat sana tk ler lama sgt sbb kita terpaksa cari location  homestay yg kami booking tu. Pak Man gembira dengan kunjungan kami. Sempat jgk kami bergurau senda dan ambik gambar kenangan dgn Pak Man. dan keluarga.


Suasana rumah Pak Man

Pak Man kelihatan amat uzur dn wajahnya ceria bila kami sampai

Lebih kurang pkl 3 lebih kami mula menyambung perjalanan kami ke destinasi yg dirancangkan. Dalam pukul 4 gitu, aku  berpisah dgn abang2 ku sbb diorang ambil homestay kat rumah pengantin (Kg Aulong ) dan aku serta kakak ku ambik homestay kat Taiping (Taman Jana Baru ). Aku jgk sesat mencari homestay itew. Pkl 5.30 baru jumpa. Penat tu tak payah cakap ler....Kami perlukan rehat secukup-cukupnya tanpa gangguan .Hahaha mcmlah  aku yg drive. Petang tu kitorang hanya rehat jer. Malam nanti mungkin keluar kut...


Inilah rupa Homestay kitorang ...abg ipar ku dah jadi model hehehe
 Pada malam tu kitarong pergi la kejap kat rumah pengantin sbb malam tu ada majlis akad nikah. Kita ke sana kejap jer. Lepas makan terus balik sebab letih sangat. Gambar suasana malam tu kat rumah pengantin pun lupa nak snap.Balik rumah terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Pagi-pagi aku dah wake up. Agenda kitorang pagi ni ialah ronda bandar Taiping. Untuk dapatkan tenaga lebih,  kita pekena teh dulu . Sebelum masuk bandar Tepeng kitorang singgah kat kedai makan ala-ala mamak sbb pekerja dia tu mcm mamak jew. Kami order nasi lemak dan roti canai. Sedap jgk kena dengan selera kami. Bertambah sedap lagi bila ditaja oleh Abang iparku Abg Man.Semoga beliau dimurahkan rezeki aminnn...

Pekena Teh tarik dulu.....

Selepas breakfast , rancangan kami nak ke Zoo Taiping . Tapi terpaksa aku batalkn kerana kenaikan harga tiket mencecah RM16 seorang. Aku pujuk anak2 dan nasib baik mereka faham.Tetapi family kakakku teruskan juga ke Zoo kerana dah janji dengan Uyin ,kesian plk sbb dia dah excited sangat. Aku tunggu diorang kat tasik Taiping jer. 


sempat snap gambor ni...cantik sangat2.

Sempat jgk ler aku ambik gambar pokok2 yang menjadi bualan ramai ni. Memang cantik sangat .Terpegun aku melihatnya. Aku telah berjanji dengan group abang2ku utk tunggu mereka kat depan Taman Tasik.Kat sana ada taman permainan. Suka ler anak2ku main kat taman tu.


Kita sambung ke episod seterusnya ok......


Thursday 26 December 2013

Taiping Lagi...... - Part 1


Part 1

Nampok gayanyer teman bercuti kat Tepeng lagi ler.Tapi kali ni teman berkonvoi 4 buah kereta. Sebetoinya teman ada jemputan kawin kat Taiping.  Disebabkan  musim cuti sekolah so teman hadirlah ke majlis kenduri sepupu teman tu. Oklah korang layan jer citer aku ni yerk...bermulalah kisahnya....

Pada pkl 7 pagi, aku, 2 abang-abangku serta kakakku bertolak dari Kelantan menuju ke Taiping. Kami melalui jalan Rantau Panjang ke Jeli . Lebih kurang pkl 11 pagi kami selamat sampai ke R&R Banjaran Titiwangsa. Kami menjamu selera dan rehat jap sambil meghirup udara segar puncak bukit gitu hehehe.


Inilah pasukan konvoi yg berjiwa kental

R&R ni mmg femeslah bg mereka yg menggunakan Lebuhraya Timur Barat kerana mereka mesti berenti utk berehat dan menjamu selera kat sini.Dan ada jgk bergambar berlatar belakang bukit bukau kat sini. Kat sini jgk agak sejuk ala-ala Cameron Highland gitu.  hehehe. R&R ni pun kini berwajah baru dn lebih selesa jika dibandingkan dulu. Makanan sini pun ok tidaklah mahal sgt.



Inilah rupa wajah restoran
Berbalik kpd citer tadi. Ahli2 konvoi pun bawa ler bekalan masing2 dn menjamu selera kt restoran tu. Masa tu pagi lagi so restoran tu pun belum mula berniaga lagi tp kedai runcitnya dah dibuka. Kitorang beli jer air mineral kt situ. Aku pulak mmg jenis tak bawa bekal nasi pun. Sebab setiap kali aku bawa bekal nasi,mesti membazir dgn buang jer. Anak2 aku mmg dah kenyang, mana taknya dlm kereta tu penuh dgn makanan lain. Biasanya aku buat sandwitch smpai 2 kampit panjang roti gardenia, nagget dn mcm2 lagi.




Masing-masing2 sedang menghayati makanan yg dimakan
Bilaa semua dah siap makan,aku snap ler gambor anok2 buat kenangan katakan. Setiap kali ambik gambor asyik angkat jari jer diorang ni , tak der posing lain ke.Asyik sama jerrrr





anak2 dan sepupu diorang Uyin

Aku dn hubby pun tak lepas peluang jgk .Ambil bahagian jgk bab posing ni hehehe.So sweet ....




Berlatar 

Lebih kurang pkl 11.30 pg kami teruskan perjlnan. Kali ni kitorang nak menziarah bapa saudara belah arwah ayahanda. Oh ya, fyi ...ayahanda kitorang berasal dari Perak. So ramailah sedara2 kat sana.  Bapa sedara kita ni nama gelaran yg kitorang panggil adalah Pak Man dan dah berusia. Kami mndpt tahu Pak Man tidak sihat. Pak Man tinggal kat Kuala Kangsar. Sebetulnya aku tak pernah kerumahnya. Agak2 kami jumpa tak rumahnya kat Kuala Kangsar tu? Adakah ia satu cabaran buat kami.....kita sambung part 2 ok....


Wednesday 25 December 2013

Medan - Part 10

Part 10

Lebih kurang pkl 1 tegahari, sampailah kat Medan. Pak Supir bawak kitorang ke Fashion Outlet. Kat sini biasa2 jerlah. Harga pun sama dgn tempat kita jer. Aku tak lama kat sini dn tak beli apa2 pun.


Biasalah hubby lah yg akan jd mangsa utk brgambar

Snap dlm Fashion Outlet
Pak sopir terus bawa kitorang ke kedai telekung.Katanya murah tp bila aku compare dgn pasar ikan ,harganya lebih murah kt pasar ikan. Aku belilah jgk kain batik dan kain baju pasang utk raya sekali.Bila siap semua kitapun keluar utk ke kereta tp diserbu pulak dgn penjual2 kaki lima kat situ. So aku terpaksalah jgk beli beg kain dgn harga RM3 saja. Lagi murah dari pasar ikan.


Akhir sekali Pak Supir bawa kami ke Istana Maimon. Kami bergambar sakan ler. Pak Supir mangsa menjadi tukang tangkap gambar hehehe. Kalau korang nk kenal Pak Supir kitorang,tengoklah gambar atas yg tengah2 tu. Sori ler nama pun aku dahh lupa. Pak Supir ni ok dn banyak info mengenai Medan, kaum batak dan macam2 yg aku dapat . Kat kaw Istana Maimon pun ada penjual2 cenderamata. Harganya oklah . Tapi t shirt taklah murah sgt. Kat Medan ni kita kena pandai tawar menawar jer. Kalau pandai tawar harganya memang murah. Lebih kurang pkl 5 kitorang pun teruskan perjalanan . Kitorang masih ada banyak masa lagi kerana flite kitorang pkl 9.30mlm.  Pak Supir pun tak tahu nk bawa kitorang kemana so dia tinggalkn kitorang kat Medan Mall dn janji akan jemput pkl 7.30 mlm utk terus hantar ke airport. 



Bergambar kenangan di Istana Maimon dan sempat lagi aku posing kat kerusi di raja.Bergambar mcm kumpulan panca sitara pun ada

Kat Medan Mall kitorang makan kat Rest Ayam Penyek.Ok jgklah. Lepas makan kitorang rondalah kat situ sampailah masa yg dijanjikan. Pak Supir dtg jemput kami seperti yg dijanjikan kemudian terus hantar kami ke airport.



Sampai airport Pak Supir nasihatkan kami jangan sekali2 bagi ruang pada pengangkat bagage kerana diorang akan minta upah yg mahal sedangkan guna troli dn hanya dekat saja dgm. tempat nak check in. Airport Polonia bukannya besau sgt pun.


Adam tak lepas peluang utk bermain kat Medan Mall

Masa aku sedang sibuk kemas bag datang seorang lelaki yg berpakaian kemas  bertanyakan tiketku. Masa tu sedang kalut dan baru jer sampai.Pada fikiranku mungkin dia ni pegawai kat sini kut. Aku jadi kelam kabut sbb dia tunggu tiket tu.Hubby pula sibuk melayan si Adam yg semakin nakal. Hubby nasihatkan aku supaya cool dulu.  Disebabkn kalut mamat tu tinggalkan aku . Aku pun fikir balik kenapa dia nakkan tiket ku. Adakah dia pegawai kat sini. Tengah aku berfikir2 tu tiba2 adalah seorang perempuan tu menasihatkn aku supaya jgn bagi tiket tu kerana si mamat tu rupa2 ulat kat situ. Dia ambik kesempatan tolong check in utk mangsa dan akan minta upah. Nasib baiklah aku dpt tahu awal.Terima kasihlah kt perempuan tu kerana menyelamatkan aku dari menjadi mangsa.



Beratur nak check in

Bila dah jumpa tiket ,aku terus suruh kakak check in cepat2. Tiba2 mamat tadi datang balik dan tanyakn tiket. Anakku terus jawab tak apa kami check in sendiri. Lepas tu dia terus beredar.


Bila dah settle semua kami terus ke balai berlepas. Rasanya lebih selamat tanpa gangguan ulat2 airport tu.  Flite kami delay sbb ujan lebat. Pukul 12.30 mlm barulah kami sampai kat LCCT.
Oklah .....maka berakhirlah entry aku bab Medan ni....Harap korang tak boringlah baca citer aku ni .Yess berjaya jgk aku habiskan citer aku ni yg dah hampir lapok ni hehehe..



Inilah diantara barang2 yang aku beli kat Medan.


Medan - Part 9

Part 9
Oooo panjang jgk citer aku ni. Macam karangan la pulok. Tak per la yerk asalkan aku bahagia okiesss..Korang layan jer lah kebahagiaan aku ni.....hehehehe

Sampai ler jgk kitorang kat Green Hotel. Kami rehat jap kat bilik .Pukul 8 mlm kitorang dinner kat hotel . Lauknya oklah jgk . Untuk pengetahuan korang masakan indon ni lebih manis berbanding dengan Kelate. Kat sini banyak lauk berunsur sayur-sayuran ,maklumlah kat sini lebih kurang Cameron Higland laaa.Kat sini pun nak kata sejuk tu tk ler sejuk sgt. Mungkin masa tu bukan musim sejuk agaknya.

Kat sini tak ada apa2 aktiviti pun. just rehatkan badan jer.

Posing sikit...




Tak lepas peluang ni .....depan kolammmm





Bergaya sikit

katakan ROMANTIK

Bilik ok ler








Ni ler Menunya berasaskan sayuran jer

Breafast kat Rest Green Garden



Lobby Green Garden Hotel

Ini kisah seram sikit. Jeng Jeng Jenggg....Sebelum kitorang keluar utk dinner , semua paip air dah di tutup. Hubby yg last tutup paip tu. Bila balik paip tu terbuka . Pada mulanya aku tegurlah hubbyku nape tak tutup paip sbb dia yg last guna. Dia cakap lupa. Bila tgh malam jadi sekali lagi . Sebenarnya aku tak tahu kejadian tu. Keesokkan hari bila dah checkout baru hubby cerita. Nasib baik dia tak cerita masa kat sana. Mmg hubby segaja tak bagitahu, takut kitorang tak boleh tidur. Mmg ada sesetengah blog ada cerita mengenai perkara ghaib kat hotel ni. Tapi atas nasiblah sebenarnya. Nasihat aku sebelum masuk bilik tu bacalah ayat2 suci sebagai pendinding ok.

Bila dah siap checkout kitorang bertolak ler ke balik ke Medan . Flight pkl 9.25mlm. Segaja aku ambil malam sebab tidaklah rushing sangatkan.

Tunggu next episod .......hehehe

Medan - Part 8

Part 8

Sebelum teruskan perjalanan ke Air Terjun Si Piso-Piso kitorang lunch kat Rest Minang kat Perapat. Makanannya oklah ,aku telan jer walaupun bukan seleraku.Menu kat Parapat ni memang tak lepas dengan ikan kering goreng . Sebab ikan tu memang dari Tasik Toba. Memang femes agaknya. Tapi sedap jgk.






Suasana kat sini oklah jgk. Kat sini jgk disediakan tempat solat di tingkat bawah. Kami kat sini agak lama jgk sbb lepas makan kitorang solat dulu kat sini.

Oklah menu Lunch ni..


Bila dah siap makan dan solat kitaorang pun mulalah perjalanan ke seterusnya iaitu Air Terjun Si piso-piso & Simarjarunjung. Aku pun tak pasti berapa jam nak sampai kesana.Kat sini pun ada kedai2 souviner . Hargapun ok jgk. 

Masa aku sampai sini ramai ler jgk para pelancong. Ada diantaranya pelancong Jepun. Masing2 sibuk posing sana-sini. Kakak plk sibuk beli souviner kat kedai2 berderet tu.Aku & hubby sibuk snap gambar . Adam plk jadi model cilikku hahaha.Lebih kurang 1/2 jam kat sana we ols pun nak teruskan prjalanan ke Berastagi. Tiba2 aku teringat kakak yg masih belum muncul lagi. Aku dan hubby bergegas cari seluruh kawasan tu . Mmg masa tu bagaikan jantung ku terhenti sekejap kerana kakak tidak di temui. Mmg aku dan hubby cemas waktu. 3 kali towaf kami mencarinya . Akhirnya dia muncul dgn selamba jer dan terpinga2 dengan gelagat ku suami isteri. Dlam otakku dah mula fikirkan perkara2 negatif  seprti kakak dibawa lari oleh orang Indon. Betul2 mencabar kewibawaan ku sbg ibu. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Kami pun meneruskan perjalanan sambil melayani  perasaan masing2.
Keadaan jalanraya kat sini oklah skit jk dibandingkan dgn Lake Toba tapi mmg bengkang bengkok  dan sempit. Bagi mrk yg mudah pening dinasihatkn bawa ler minyak angin yerk.

mmg cantik sesangat view kat sini.sekitarnya luas cuma mcm tidak
terurus dengn pagarnya dah patah.


Permandangan di kaw Simarjarunjung Siantar ni memang cantik bangat deh! Di sini memang semua pelancong akan dibawa kesini bagi merasai teh halia dan goreng pisang. Harganya lebih kurang RM5. Pada akulah harganya agak mahal lebih mahal dari negara kito.Memang diorang ni cekik darahlah semua mahal. Tapi kitorang orderlah jgk cuma hubby jer order teh halia + goreng pisang ,pakej katakan.
Hubby sedang menghayati teh halia dan pisang goreng
Sempat jgk hubby order teh halia yg femes kat sini. Katanya ok jgk. Tapi aku rasa lagi sedap air halia +telur
puyuh yang aku biasa makan kat Kota Bharu.Perghhhh...terangkat uolssss....



Rest Simarjarunjung. View ke Tasik Toba

Lebih kurang pkl 6.00ptg kitorang pun smpai ke Pasar Buah Berastagi. Kt sini pun we ols sekejap jer singgah sbb pak supir nk cepat smpai kat Green Hotel. Aku tak beli apa-apa kat sini cuma tengok2 jer.Nak snap gambar pun tak sempat sbb nak cepat. Cuma aku sempat snap kat pasar buah jer.



Inilah pasar buah. Ada jual avocado


yg tergantung tu buah limau
Kat pasar ada jual mcm2 buah seperti limau ,avocado,salak dan banyak lagi tapi aku tak sempat snaap. Harganya sama dgn tempat kita la...hampeh betul...Buah limau tu dalam RM5 sekilo . Aku beli ler buah limau dan buah salak buat makan dlm hotel. Aku jgk beli jagung bakar dgn harga RM1.50 sebatang sama dengan harga kat Kelate weh...Pah tu gapo hok muroh nyo....hehehe. Kat sini persekitarannya agak kotor sebab kuda melepas di merata tempat. Geli pulak aku huhuhu...

Aku tanya Pak Supir , jauh lagi ke Green Hotel , dia cakap jauh lagi 2 jam perjlnan. Amboi jauhnyer...Pada masa yg sama semua Pak Supir utk kumpulan lain berborak dgn supirku. Aku tengok mereka ketawa smbil tengok ke dalam bonet Inova. Rupa2nya Pak Supir tunjuk kat kawan2 supirnya,barang2 yg we ols borong di Medan. Terkezut beruk diorang sbb mungkin kami adalah orang petama yg membeli souviner sampai berkilo2 beratnya. Nasib baik aku dah booking utk baggage seberat 30 kilo. Mmg berat giler laaaa...
Kitorang pun teruskan perjlnan kami . Lebih kurang 10 @ 15 minit Pak Supir membelok dan masuk ke Green Hotel,dia terus ketawa terbahak2 geli hati ler tu sbb dpat pekenakan aku ...hehehe pandai jgk supirku bergurau......sambung yerk...kat Green Hotel aku digangguuuu eeeee...oleh sapa yerk tungguuuu...jangan le maroh...nanti kena jual hehehehe...


Medan - Part 7

Pagi2 lagi kami dah bersiap utk breakfast . Harap2 kali ni menu yg memberangsangkn. Sampai jer kat restorannya , we ols terpegun melihat keindahan Danau Toba ciptaan ALLAH. Masyaallah betapa BESARNYA kuasaMu. Kalu tak percaya cuba tengok ni.....



Permandangan dari Siposo-poso

View dari Restoran
We ols breakfast dgn mee goreng jer . Mee goreng tapi mcm maggi goreng jer. Tapi mmg sedap. Aku pun tambah dan tambah . Cukup aman tenteram jer duk kt rest tu sbb view ke arah Lake Toba. Kami tak lopeh peluang tuk brgambo. Masing2 berposing habis-habisan. So sweettttt..



 Mmg cantik menghadap ke Lake Toba. Ada kolam lagi uols....


Hubby pun tak lepaskan peluang berposing



Restoran mengadap Lake Toba





 Lebih kurang jam 8 pg , we ols turun bawah utk jumpa supir. Pg ni kami nak naik feri utk ke Pulau Samosir. Tak sabor rasenyer nok naik peri. Supir dah tunggu kami di Lobby. Aku ingatkan naik kijang ke sana tapi rupa2nya jln kaki jer .Semua tambang diurus oleh supir sbb ianya termasuk dlm pakej tu. Uols tgk jerlah gambar2 kat bawah. Tak perlulah aku cerita panjang2 mcm karangan pulak nanti hehehehe.

Jeti ni terletak dkt dengan Hotel Danau Toba ,hanya jln kaki jer


Seronok jgk kat atas Feri ni .Lebih kurang 45 minit utk ke Pulau Samosir
Utk korang tahu, dalam feri ni tidak disediakan jaket keselamatan. Kalu feri ni karam maknanya karam ler semua penumpang...huhhuhu...tapi minta dijauhkan dengan bencana mcm tu. Nasihat aku korang bacalah sedikit ayat2 suci al[-Quran bagi mendapat perlindungan dariNYA. Kerusi pun hanya kerusi plastik yg boleh dialihkan kemana kita suka tanpa sebarang ikatan dimana-mana. 


Itulah Pulau Samosir dan Feri2 yang berlabuh






Naik Feri ni tak selamat sbb tak ada life jacket dan kerusi tu main atur jer tanpa
disokong mana2
Kuat betul dipasang lagu dangdut. Bingit jgk telinga ni . Tapi layan jgk la..


bergambar dipulau Samosir. Kakak sdg bargain dgn penjual samosir
Rupa2nya kat sini barang2 lebih murah dari Medan. Menyesal aku sbb dah bnyk perabih pitih kat Medan tu. Tak per pengajarannnn....Aku tak sempat jelajah semua kedai kat sini sbb masa diberikan hanya 1/2 jam jer ...eeee mana cukup wehh.Pak Supir punya pasal la ni sbb cakap tak pa bertolak ke Samosir lewat . Terpaksa ikut kata supirku. We ols pun tak sempat nak lawat kubur kaum batak kt sini sbb tak cukup masa. Takpalah lain kali aku akan datang lagi okiesss..... Tapi yg pasti aku frust sgt2 Sekarang aku akan gerak ke Air Terjun Si piso-piso & Simarjarunjung yang terkenal dgn air halianya..