Wednesday 17 July 2013

Kerja Oh Kerja.........

Aku terkezut bila diarahkan esok kena berada di KL atas urusan kerja. Aku kena berada di sana pkl 9 pagi. Sekarang dah pkl 2 ptg. Kat mana aku nak cekup tiket dan uruskan anakku Adam yg masih kat nursery dan suami plk perlu tahu perkara ni.Aku call hubby tapi tak dapat . Aku jadi kelam kabut . Aku cuba booking tiket flight hari ni tapi tak dapat Mas dah penuh Firefly pun penuh cuma ada Air Asia.Tapi problem plk tak boleh nak booking on line. Aku minta kebenaran balik awal sbb nk beli tiket kat Airport dan kena uruskan anak2 sebelum ke KL.

Aku ke Aiport dan beli tiket AA utk pkl 7.00 mlm, ni bermkna aku kena checkin pkl 6 ptg. Mmg kelabah sedunia la...Waktu lain tu ada tapi tgh malam sgt takut jgk sbb aku sorang jer kan. Aku ambik anakku kat nusery dan balik rumah. Sampai rumah pkl 4ptg . Cuba call hubby tapi masih tak dapat. Aku jadi serba salah takkan nak ke KL tanpa izin hubby kan . Rasa bersalah sgt2 kalau gi sana hubby tak tahu. Eh Eh...lupa plk, sapa nak antar aku kat airpot ni. Aku call anak buah minta tolong ,alhamdulillah selamat...dia boleh antar.Hubby aku.... So aku biarkan dulu pasal hubby tu bila terlintas difikiran ku ni , mlm ni aku nk tidur kat mana . So aku call hotel yg selalu aku booking tapi tak ada bilik kosong la plk. Lagi tension....Lastly aku booking thru agoda...beres..Aku booking utk hotel yg sama yg aku call tadi. Rupanya diorang dah sediakan kekosongan bilik utk booking melalui online. Lega sekejap...Aduiii ....hubby masih belum dapat contact. Aku tgk jam dah pkl 4.45 ptg . Janji dgn anak buah lepas pkl 5 ptg. Giler ni mmg kerja gila mcm ni...aku siapkan beg dan ambik jer apa yg patut.  Sekali lagi aku cuba call hubby utk last , Alhamdulillah dapat dan Hubby izinkan aku ke sana. Rasa terkilan jgk sbb tak sempat jumpa hubby.'

Aku terus ke rumah anak buahku. Sebelum tu anakku Adam tu menangis nak ikut ummi nya tp nk buat mcm mana terpaksa tinggalkan sayang. Adam duduk diam2 dgn abang ya...Anak buahku suami isteri , antar aku ke Airport. Thanks uols...Nasib baik ler korang ader...



Kebetulan kat Airport PC Tengku Mahkota Kelantan baru tiba dari KL


Dlam fligt aku ddk kat hotseat. Aku sendiri tak perasan sbb kat counter AA tu tidak plk inform kat aku . Tak perlah dpt jgk duk kat hotseat. Pkl 7.15 , restoran bergerak AA bermula, aku order Milo sbb buat berbuka kebetulan ari ni aku berpuasa sunat Nisfu Shaaban. Sampai KL pkl 8 mlm. Terus ke Taxi Counter booking dgn harga RM74.30  dari LCCT ke Hotel AnCasa China Town.



Dlm Flight...boring la duduk hotseat yg depan sekali 1A

Sampai Hotel lebih kurang pkl 9 lebih terus check in dan masuk bilik. Legaaaaaa..tapi aku belum makan lagi. Sebelum aku berehat aku kena  cari makanan kat area Petaling Street dulu. Aku pergi ke PS utk cari makanan tapi biasalah kat situ hanya ada buah2 jer. So aku beli buah berangan goreng yg mmg favourite ku.Aku ronda2 jer kat situ. Sekrg PS tidak seceria dulu. Kejap jer ke sini . Masa berjln balik aku beli burger dan steambot . Nasi tak dibeli sbb aku takut tak kena dgn seleraku. Aku terus ke hotel utk berehat secukup2 . Mmg letih giler.....




hotel ni ler tmpt aku lepak









Suasana di Petaling Street....tapi tak seceria dulu





My favourite...tak sah kalu tak beli buah berangan ni...




my favourite....yummy









Inilah keadaan bilik tmpt lepakku sepanjang mlm. mmg selesaaaaa





Dlm toilet pun aku snap...utk tunjuk keselesaan bukannyer aper...



TV LCD Samsung dan siap ada Peti sejuk lagi....




Biasalah bila sorang so kena pandai2 le snap gambar hehehehe

Esoknya aku checkout pkl 7 pagi dan breakfast kat hotel . Makanan ok i like it.hehehe . Bila selesai menjamu selera aku  keluar hotel dan tahan teksi kat depan tu . Aku dibawa ke tempat yg diarahkan oleh syarikat. Sampai sana terlebih awal . Sepatutnya pkl 9 tapi belum pkl 8 dah terpacak kat sana.




Suasana kat restoran Hotel


Suka tengok gambar ni .....

Mcm kat luar negara plk


KL dgn Jerebu

Dalam pkl 11 pagi, aku diberitahu urusan tu dibatalkan atas sebab2 tertentu dan akan diberi tarikh baru yg akan diberitahu kelak. Hahhhhhhhhhh !!!!!!!!