Friday 21 June 2013

Happy Besday To Cik Waniey......

21.06.2013

Hari aku sekeluarga gi ke majlis Besday Waniey . Waniey ni anak buah ku.Anak ke 6 , arwah abangku yang sulong iaitu Allahyarham Hasim Isa. Majlis besday Wani ni dibuat setiap tahun . Mcm acara tahunan gitu. Tahun2 sudah aku tak turut serta sbb ada hal gamaknya hehehe. Tapi ari ni untung ler sbb tak payah masak utk lunch . Kat sana aku jumpa sedara2. Majlis ni agak meriahlah jgk siap ada iklan lagi hehehe. Budget besau ni tapi tak per tuan empunya diri ni tokey nasi laaaa. Menu majlis kali ini terdiri dari   laksa penang,  laksa kelate,pulut kuning, kueh dan kek.  Frust ler jgk ingatkan ada nasi rupa2nya laksa tapi oklah mengenyangkan jgk. Sori la Waniey ,MSN ni bukan nok complain deh tapi menyuarakan apa yang perut ku kata la hehehe.

Ini ler adik Wani kito tapi buke Wani hok dikir barat tu deh hehehe


Selamat Hari Lahir yang ke 26 lah Waniey, MSN doakan moga Waniey sihat ,dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki , Insyaallah. Tapi yang penting MSN doakan Semoga cepat2 dapat JODOH. Kalu sapa2 berkenan boleh isi borang permohonan .


Ini pulop adalah buah tangan utk tetamu kecil tapi terhad. Anakku dapt ler jgk.
yang tu pulak menu yang dihidangkan.




Suasana Majlis Besday tu. Tapi tak dop wajah lain ker ????
 


Masih wajah2 yang sama...bila nak balik ni ,bagi orang lain ler pulak !!!!


Tuesday 18 June 2013

Blog Keluarga



   Aku mula terfikir apa tujuan sebenar aku bina blog ni. Sedangkan aku tidak ler pandai sangat nak mengarang apatah lagi nak mengolah ayat -ayat yang menarik. Sebenarnya tujuan aku bina blog ni adalah untuk menyimpan segala memoriku dengan keluarga tercinta. Mungkin dengan adanya blog ni anak2 ku akan terus mengimbau kembali memori suka duka mereka bersama keluarga tersayang. Blog ni akan terus wujud sampai mereka dewasa kelak. Aku sendiripun tersenyum bila melihat gambar-gambar lama . Inilah tujuan sebenarku. Aku hanya ingin masukkan kisah suka duka keluargaku di blog ini.

   Dulu aku pernah menyimpan semua gambar2 kenangan keluarga di dlm komputer, hardisk dan aku siap  burn dalam CD tapi semuanya hilang begitu saja. Gambar yang ku simpan dalam komputer & hardisk di jangkiti virus so semua tidak boleh diselamatkan. Oleh sbb itulah aku bina blog ni,rasanya lebih selamat. Sebenarnya blog ni dibina hanya untuk tatapanku dan anak2  saja bukan untuk public tapi aku ni buta IT so tak tahu macam mana nak buat . Kalau ada sapa2 yang tahu boleh ler ajar saya yer.

   Aku pun segan jgk sbb bukannya pandai sangat mereka-reka ayat ni. Sebab aku ni bukannya penulis. Bercanggah dengan kerjayaku. Masaku pun terhad sangat kerana kena bahagikan masa utk bekerja dan keluarga. Kadang2 tu nak tulis blog pun sibuk dengan si kecil Adam ni. Dia pantang tengok aku buka laptop terus jer dia merengek  nakkan perhatian ibunya. So aku bantai aje ler tulis tanpa edit .

   Bagi mana2 yang terbaca blog ni , aku minta maaf ler banyak2 sbb ayat2 ku ni mcm budak sekolah rendah gayanya hehehe.Malu pulak tapi nak buat macam mana semangat punya pasal so aku teruskan jua blog keluargaku ini. Keluarga adalah segala-galanya.........
  

Dungun - Part 4


Pagi-pagi lagi Aliff dah bangun sbb nak mandi pantai . Lepas solat subuh,hubby temankan Aliff dan Hakim mandi pantai. Aku pulak kena kemaskan barang-barang sbb jap lagi nak ke majlis kawin dan terus jer bertolak balik . Bilik pun aku kemaskan balik sbb segan jgk kalau bersepah . Bukannya  malu kat owner tapi malu dgn diri sendiri ler..Bila semua dah settle, aku menyusuri anak-anak dan hubby kat pantai. Kat sana semua anak2 dah berada dalam air .Bukan main seronok lagi diorang. Aku pun rasa puas sangat sbb anak2 gembira. Aku tersenyum sorang2 tanda kepuasan. Macam biasalah aku jadi cameraman . Layan ler gambar yang aku snap ni. Korang sendiri akan merasai keseronokan diorang.




mmg puas hati ler diorang ni

 Lebih kurang jam 9 pagi kitorang pun bersiaplah utk checkout dan hadiri ke Majlis Kawin tu. Sebelum ke majlis tu aku pujuk suami untuk pergi ronda2 dulu di sekitar kawasan pantai tu. Kita menaiki kereta dan ronda2 sampai ke kawasan bukit dan batu2 pantai . Mengikut orang kat situ, kat pantai hujung sana ada sebuah gua. Kitorang pergi jgk tengok jauh-jauh jer. Di sini sempat lagi aku snap gambar. Layannnn !!!!


Siap berkemas checkout dan ronda2 jap


Sempat lagi anak2 gi ke taman permainan tapi sayang besinya dah berkarat maklumlah kat pantaikan




Termenung jer Hakim, tunggu order ke ??



Setelah puas meronda kitorang pun bertolak ler ke majlis tersebut. Dalam perjalanan ke majlis tu kitorang lalu kat Pasar Dungun, aku mcm biasalah mesti nak singgah kat pasar tu maklumlah kitorang tak pernah sampai kat Dungun ni so sekali lagi aku kena main peranan pentingku untuk memujuk hubby hihihi. Biasalah hubbyku ni line clear so mudah ler aku pujuk. Maka dengan itu ( ce wah mcm hikayat Hang Tuah la pulak )tercapai lah jugak hasrat ku .Aku teringin sangat nak makan nasi dagang Trengganu. Suasana kat pasar tu mmg ramai sangat. Kitorang tercari2 tempat kosong tapi hampeh. Kitorang pun cuba ke sebelah sana skit maka jumpalah tempatnya .
Aku siap order nasi dagang . Hubby order nasi putih biasa jer . Begitu jgk dengan anak2. Anak perempuan Iffah pun tak lepaskan peluang jgk untuk merasai masakan Trengganu . Mengikut owner kedai makan tu, hari ni tidak lah ramai sangat pengunjung bila dibandingkan dengan hari2 lain. Kitorang menjamu selera dengan penuh kekusyukan hehehe. Bila siap makan kitorang ronda2 ler kejap sekitar kawasan pasar tu. Hubby pulak siap beli ketam lagi kat pasar ikan tu. Aku plk beli handbag ler sbb kebetulan beg yang aku bawa tu tiba2 la pulak koyak tangkai nyer.Macam tahu-tahu pulak.

Kami mulalah perjalanan kami ke majlis kawin tu . Samapai sana suasana masik ok lagi . Tetamu masih belum sampai. So aku pun mula nak menyibukan diri, so  lawat ler kat dapur kut2 ada apa2 yang boleh aku bantu. Kebetulan kakak iparku ada kat dapur sedang buat pulut semangat iaitu pulut kuning. Nampak gayanya aku kenalah tolong mengharung pulut  kata orang kelate kalau bahasa suratnya gaul pulut tu dengan santan dan kukus. Kalau tak percaya cuba korang perhatikan pic dibawah. Haaa betul tak ?? Yang kecil manis tu akulah hehehehe. Lagak macam orang pandai jer padahal tukang kacau jer.


Macam mana ok tak aku jadi orang dapur
 Maka siaplah acara kukus pulut. Aku pun angkat punggung pergi ler pulak tempat pengantin. Sibuk-sibukan diri. Di sini aku sempat snap gambar bersama pengantin. Selamat Pengantin Baru Buat Farah dan Suami , semoga kekal ke akhir hayat Insyaallah.....

Tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan pengantin.

Sama cantik dengan Pengantin hehehe

Yang ni menarik perhatianku. Good idea.....

Anak dara 3 orang ni sempat posing
 Setelah selesai berposing kitorang pun makan nasi dengan penuh kenikmatan. Lebih kurang pkl 2 petang kitorang pun minta diri dulu sbb nak terus balik ke Kota Bharu, nanti lewat malam pulak sampai. Kali ini pun aku minta hubby balik ikut jalan pantai jgk.

Dalam perjalan balik kami sempat makan sotong goreng dan air kelapa kat tepi pantai tu. Tempat tu memang femos ler. Nikmatnyer...Hahaha family aku ni asyik makan jer. Nak buat macm mana mmg dah lalu makan hehehe. Sampai di Batu Rakit pula aku borong keropok lekor dan bila sampai kat Tok Bali , aku borong ikan segar pulak ini adalah last bab singgah menyinggah .  Kami sampai rumah lebih kurang pkl 8 mlm.

 Maka dengan itu habislah cerita Travel aku kali ni...Memang kami rasa begitu puas dengan travel kami ini......TaMMat....

Dungun - Part 3


Ok sekarang kita sambung part 3. Eh eh rupanya panjang jgk jalan cerita ni..padahal travel ni hanya 1 malam jer tapi ceritanya macam 3 hari 3 malam jer.Ok kita sambung jer citer ni.
Selepas kitorang siap tidur dan rehat aku ni mmgnya giler ambik gambar so aku ajak anak-anak ku berposing kat sekitar kawasan situ walaupun hujan masih belum berenti tapi aku redah jer. Anak-anakku , Hakim dan Aliff lah yang sentiasa jadi subjek aku hehehe sori yerk my dear.Kawasan sekitar tu rasa tenang jer. Bagi sapa2 nak tenangkan fikiran boleh la ke sana.



Siap posing kat depan bilik dan tepi pantai seronokkkkk



Posing depan speed boat tuan chalet
 Lebih kurang pkl 4.30ptg kami pun bergeraklah rumah pengantin ,sbb hari ni adalah hari akad nikah tapi dah lepas. Majlis tu pkl 11 pagi. So kitorang cuma gi tanya khabar dan soru lah yang penting sbb anak-anak pun dah lapar sangat. Masa kat bilik kitorang makan baki sandwich dan makanan ringan jer,mana boleh tahan niiii. Sampai sana kami dijemput oleh tuan rumah. Kami duduk ler sembang2 jap pas tu kami dipelawa ler makan nasi. Jamuan tu dibuat secara layan diri (bufet ). Apa lagi anak2 ku ghairah ler sbb kebetulan diorang masak ikan keli gulai tempoyak fuhhhh terangkat bro.Anak2 makan sepuas2nya sbb lauk lebih banyak so apa lagi serbu jer la hehehe.
Lepas siap makan dan dah teramat kenyang kitorang pun minta diri dulu dgn tuan rumah dan janji esok masa majlis sanding kitorang sampai. Aliff pulak sibuk nak balik cepat sbb nak main pantai. Aku pun dah janji dgnnya , jika hari hujan berenti boleh mandi pantai. Kebetulan hujan dah berenti masa tu jadi apa lagi muncunglah dia kalau lambat balik. Kita pun balik le ke chalet tu tapi agak lewat jgk hampir pkl 7 malm. Hubby dah tak benarkan Aliff mandi pantai sbb dah senja. Lagi la panjang muncung sidia tu. Apa nak buat sayang oiii dah senja. Insyaallah pagi esok kita mandi pantai , janjiku padanya.




Tak lepaskan peluang


Jangan ler korang jeles lak





Anak2 pun sibok jgk nak posing






Malam ni tidak ada apa2 acara. So kitorang bersuka hilai ler kat bilik. Boring jgk sbb bilik kitorang tidak diberi kemudahan tv, tak tanya pulak kenapa. Tapi bilik sebelah ada plk. Ya tak ya aku buka jer Tab Samsung ku dengan cerita Sarjan Hassan. Anak2 ku ni mmg pelik sikit semua cerita P.Ramlee mmg kegilaan mereka. Jadi aku pun on ler cerita tu sampai diorang tertidur zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.Sambung part 4..hehehe

Dungun -Part 2


Dalam pukul 11 pagi smpai ler kami kat pantai Kg Penarik tu.Perjlnan kami seronok sbb cuaca sejuk kerana hujan renyai2 di sepanjang perjlnan kami ke sini. So kami pilih tmpat ada teduhan untuk kami menjamu selera. Kami makan ler bekalan kami tu tp apa yg aku fikirkan tentang bekalan tu mmg betul ler. Kuetiew aku tu hanya aku dn hubby jer yg makan ,anak2 langsung tak sentuh pun ggrrrrrrrrr . Adik iparku dan anak2 makan bekalan yg dia bawa so nampak gayanya pembaziran brlaku ler jgk. Sambil2 makan tu anak2 sempat ler jgk snap pic kt kawasan pantai tu. Terhad la jgk nak ambik gambar sbb hujan masih belem berenti. Kami duk kt situ dlm 15 minit jer sbb prjlanan kami masih jauh lagi.






Masing2 buka bekalan tapi bebudak ni langsung tak nak makan



Hubby ni betul ke sayang kat aku ker ???hehehe


Macam mana jeles tak tengok aku siap melentok kat hubby hehehe

anak2 dan sepupunya siap posing di tepi pantai lagi ...seronok ler tu. Macam tarian orang asli jer hehehe

Kami pun meneruskan journey kami ke Dungun. Nak sampai ke Dungun lebih kurang 3 jam lagi. Dalam masa tu anak2 mula diam jer.Aku pun heran sbb kenapa tak ada suara hilai tawa diorang. Aku menoleh ke belakang rupa2nya semua dah brdengkur ler..hehehe. So aku pun tumpang ler join diorang. Maaf yer B, ayang lelapkan mata ni jap yerk.

Lebih kurang pukul 1.oo tghari kami sampai rumah anak jiran kat kampung tp tinggal kat Dungun , kami makan tengahari di rumahnya atas pelawaannya awal2 lagi.Bila dah selesai semua kami dibawa ke rumah penginapan berhampiran kaw pantai. Agak menarik jgk persekitarannya. Rumah penginapan ala2 resort kami minta tolong dio bookingkan untuk kami. Biliknya agak selesa jgk. Kami pun rehat ler kejap tambahan plk hujan masih belum berenti. Aku tak dapat tinjau persekitaran kat situ. So apa lagi yang boleh buat kecuali zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...tunggu part 3


Inilah bilik ala resort yang aku tinggal







Monday 17 June 2013

Dungun -Part 1

24.05.2013
 Nampaknya aku bercuti dan berjln lagi hehehe. Kali ni aku sekeluarga ke Dungun Trengganu bagi menghadiri Majlis Kawin anak buah belah hubbyku.  Kebetulan tarikh ni cuti sekolah so anak2 excited sgt-sgt.  Mereka ingatkan aku supaya sediakan bekalan makanan untuk travel nanti. Biasanya bila travel mcm ni diorang suruh ku sediakan sandwich sardin. Aku sediakannya sampai 2 plastik roti Gardenia beserta dgn makanan ringan lain .

Tapi kali ni aku konvoi dgn adik iparku so nak tak nak aku trpaksa jgk sediakan sedikit bekalan tambahan iaitu kuetiaw goreng. Bukannya apa ,aku takut anak2 buat hal terliur dgn bekalan adik iparku. Apa yg aku amat pasti, kuetiew goreng ni mmg akan membazir saja. Kita tunggu dan lihat buktinya huhuhu....

Kira-kira jam 7.30 pagi ,bermulalah konvoi kami.Anak2 dlm kereta ni bukan main bising lagi dgn cerita2 lucu diorang. Saat ni aku dan hubby begitu teruja dan gembira, bilamana tengok anak-anak yang begitu gembira. Kenangan mcm nilah sentiasa membuat aku bahagia. Aku ingin kenangan indah ini menjadi kenangan indah buat2 anak-anak tika diorang dewasa nanti, Insyaallah.

Lebih kurang pukul 9 pagi kitorang sampai Tok Bali.  Aku dah bincang dgn hubby utk berenti minum pagi kat situ. So kitorang breakfast di kedai makan tepi jalan. Masing-masing order air jer dn buang apa yang nak buang tp kat stesyen minyak seberang jln ler hehehe.


Aku terpaksa isi dlm plastik ,sbb manis sgt2 huhuhu




Tunggu minuman yang baru order. Hakim bad mood jer

Setelah semuanya beres, kitorang sambung ler prjlnan ke Dungun. Aku dh bincang awal2 dgn hubby supaya ikut jalan pantai jer jgn ikut highway. Sebenarnya aku lebih suka travel yg santai jer, tak perlu rushing .  Santai ni lebih banyak manfaatnya bila kita travel dgn anak-anak. Kita dapat rapatkn diri kita dgn anak2. Jadikan travel ni terindah buat kita dan anak2.,setuju tak ?. Anak2 kat belakang tu tak berenti  makan sandwich tu. Kejap jer dh habis satu bekas. Nampak gayanya kuetiaw goreng aku ni tak habis ni...Kita tunggu dan lihat yerk di dlm part 2....

Saturday 15 June 2013

ANuGeRaH PiNgaT KeHorMaT

11.06.2013

Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi hubby kerana menerima Anugerah Pingar Taat dari Al Sultan Muhammad V  di Istana Negeri,Kubang Kerian. Aku sebagai isteri tumpang gembira dan sekaligus berbangga pada hubby di atas Anugerah yang tidak ternilai ini. Tahniah Sayang !!! Di sini aku abadikan gambar-gambar kenangan kami semasa Majlis Anugerah Terhormat tersebut. Kami Juga sempat bergambar dengan pemain bola TRW Indera Putra yang merupakan salah seorang penerima pingat juga.



Kenangan di Istana Negeri ,Kubang Kerian. Kerusi tu adalah tmpt Al Sultan.




Pingat Taat Yang Di Anugerahkan


Sempat Lagi Kitorang bergambar dengan Pemain Bola TRW Indera Putra

SwEEt MeMoRies With My LOvEr

SuaSaNa DaLaM DeWan IsTana NegEri


POsiNg IstiMewA KaMi SePena GeLaraN Dato' & DatiN hehehehe