Saturday 13 April 2013

BanJiR 2012


Desember 2012


Villa Ku ditengelami air banjir





Sedara Mara datang menghulur bantuan Makanan..hehehe




malu ke...


Sejuk laaa




Tepi Rumah kat Kaw Padi








Hasil Jalaan dari Anak2








Siap goreng ,menyelerakannnn

MaJliS HaRi RaYA FNBM


 


mnj
Add caption
 













































 

PerMaTa HaTi 3

Ini adalah Mohammad Adam Darwish. Masa ni umurnya 2 tahun. Dia macam kanak2 lain yang pantang tengok benda2 seperti minyak rambut,bedak,gincu dan apa2 saja yang dia boleh main. Gambar dibawah ni adalah masa dia main habis 1 bekas minyak rambut.. Haru betul la...hehehe



Seronok sesangat la tu..

Dibawah ni pulak Abdul Qayyum Iman yang memang kaki tidur tak kira di mana saja. Tika ni dia baru lepas menyapu sampah kat depan rumah. Konon2 letih la tu. 






lenonyo tidoooo...letih agoknyerrr   (2013 )
  
Gambar Adam diambil kat KB Mall.




Bakpo kudo ni tok sir berlari nihhh... (2013 )
  
Di bawah ni gambar Adam masa kat Kedai Buku Muda Osman kat KB Mall. Memang dia ghairah sangat , mana taknya semua barang ada so boleh main ler...




Nok ambik hok mano satu ehhh  ( 2013  )
 






Keno susun elok2 ni....  (2013)
  Gambar ni diambil kat Seng Heng KB Mall. Kusyuk sangat tengok TV besar sampaikan bila diajak balik terus buat muka merajuk...



Bila la Ummi nok beli TV besar ni weh...( 2013 )







Ngantoknyerrrr   (2013 )






2005
 






Masa kecik bukan main akrab lagi...  2004









Pandai tak Iman panjat pokok ??





Hakim pun pandai jugak...hehehe  (2004 )





Belakang Akim tu sawah padi





Lawa tak kitorang senyum...hehehe (2004 )





Abe Iman ,buat la jari macam akim ni...





Lawa tak gigi akim...






Gigi Iman pun lawa jgk...hehehe
 

Alifff




Adam






Hari Pertama Sekolah Tahun 1


Bali,Indonesia

       Ummi gi Bali ni beberapa tahun lepas. Semua ni ditanggung oleh Syarikat.Ini adalah pertama kali ummi jejak kaki kat negara orang. Pengalaman pertama . Memang tidak terfikir langsung dapat gi sana. Mula2 dengar kawan2 cakap yang syarikat nak bawa kitorang ke Bali tu,mmg pada mulanya tak percaya tapi hakikatnya adalah benar belaka hehehe.

Dalam fikiran ni banyak persoalan yang timbul, berapa banyak wang yg perlu dibawa,apa yang ummi nak beli,macam mana kehidupan orang2 kat sana dan mcm2 lagilah. Excited la..

    Hari yang ditunggu2 tiba,ummi naik flight dari aiport Pengkalan Chepa ke KLIA. Kami semua berkumpul disana.Dari sana kami bertolak ke LCCT  dan di  LCCT, Tour guide kami dah sedia menunggu untuk memberi penerangan. Setiap settle semua, kitorang terus bertolak ke Airport Bali.

   Sesampainya disana, kami dibawa menaiki bas yg disediakan oleh tour ,sebelum tu kami dikalungkan dengan bunga, untuk pengetahuan di Bali kebanyakannya beragama Hindu. Kami dibawa makan tengahari kat restoran tapi maaflah ummi tak snap gambar masa kat restoran tu sbb entah kenapa pada hari tu ummi demam la pulak. Potong stem betul laaa. Selepas siap makan kitorang ke Hotel untuk check in. Ummi kongsi  3 orang . Biliknya selesa .Kami berehat sampai ke petang kerana pkl 6 tour guide akan bawa kami makan. Kami dinner kat tepi pantai tapi entahlah nama apa, lupa. Setelah selamat menjamu selera kami dibawa ke suatu tempat yang kami sendiri tidak menduga iaitu SPA. Kami dibawa kesana dengan mandi sauna dan mandi air bunga . Memang seronoknya kami sbb ummi sendiripun tak pernah gi sauna. Sweet memori..hehehe hanya kitaorang kaum ibu ni jer yang tahu apa yg kami lalui #&$^#&*..... Setelah siap semuanya kami terus balik hotel berehat .zzzzzzzz

   Keesokan kami nakbreakfast kat hotel tapi tak jadi sebab semua tidak halal dan pihak hotel kata makanan halal pun ada tapi guna kuali sama dengan yang tak halal..Eeee diorang ni tahu ke maksud halal tu..So kitaorang makan kat luar jer...Hari ni kami dibawa ke kedai jual kain batik. Ummi pun tak tahu nak beli apa so ikut jer la kawan beli apa ummi pun beli sama. Bila difikir balik , nape pulak ummi ikut orang pulak tapi nk wat mcm mana dah beli. Kemudian kami dibawa ke pasar. kat sana ummi tak beli apa2 pun.

  Setelah itu kami dibawa pulak ke suatu tempat suci bagi penganut Hindu. Kami dipakai kain  diikat dipinggang kerana itu adalah syarat untuk masuk ke kawasan suci mereka. Kawasannya agak luas jgk. Kami terokai semua tempat. Selepas itu kami dibawa ke sebuah tasik dengan banyak terdapat macam kuil batu. Sempat juga kami snap gambar kenangan kat sana. Otw balik ke hotel kami dibawa ke bandar Bali dan lawat tempat-tempat yang dibom oleh pengebom tega. Mengikutnya ramai warga asing meninggal kat situ. Bila petang kami terus dihantar ke Hotel tapi sebelum tu kita makan dulu barulah terus ke hotel untuk berehat kerana esok misi kami belum selesai.

   Pagi esok selepas breakfast, kami disuruh tunggu di lobi kerana ada kejutan buat kami. Saat yg ditunggu tiba jgk. Memang teruja kami apabila sederet kereta antik parking di lobi adalah kenderaan yang akan membawa kami bersiar2. Kereta antik yg ummi naiki warna biru hanya 3 penumpang saja. Memang selesa sangat dan rasa macam orang kaya saja hehehehe...beruntungnya ummi dan rakan2. Kami dibawa ke suatu tempat sejuk tapi tak tahu la pulak nama tempat tu. Kat sana ada jual stawberry macam Cameron Highland. Dalam perjalanan kami dijamu dengan buah durian yang kebetulan dijual ditepi jalan. Memang seronok la...Perjalanan ke sana tu jauh la jgk . Kita sempat jgk beli stawberry dan macam mcam lagi. Bila dah petang kita mula bertolak ke hotel dan macam biasa kitorang akan makan dulu baru balik hotel. Malam tu tak ada apa2 aktiviti so kitorang rehat2 jerlah sebab esok dah nak balik.

   Pagi esoknya kitorang dihantar ke airport . Kami akan pulang ke tanahair dengan membawa kenangan2 indah kami di sini. Insyaallah jika ada rezeki kami akan ke sana lagi.....

1. Dalam flight AA

muzik alu aluan kedantangan guess. Posing kat Hotel




Berehat kat Lobi Hotel sebelum check in. Hotel ni mmg hotel mewah dan amat selesa



Bergambar di kawasan suci (Bagi penganut Hindu ).Pengunjung wajib ikat kain ni kat pinggang



Dinner kat tepi pantai...entah apa ker nama tempat makan tu...lupa laaa






Company dah siap booking kerete antik untuk kitaorang...jadi orang kaya jap.




Posing Kat Restoran Minang



Baru sampai kat aiport Bali. Sedang tunggu Tour Guide





banyaknyer laukkk..ni kat restoran Minang kat Bali







gambar kenangan bersama dengan  kawan2