Tuesday 19 February 2013

Percutian Ke KL

Tepat pkl 6.15 ptg kami bertolak dari rumah ke stesyen keretapi yg memakan masa hanya 10 minit jer.  Dalam perjalanan aku dah beli nasi siap2 untuk bekal masa dalam keretapi. Sekali lagi aku check tiket keretapi kut 2 tertinggal..ooo ada..Harga tiket untuk dewasa8 RM30 dan kanak2 RM18.




Stesyen Keretapi Wakaf Bharu
Tepat jangkaan, pukul 7.02 ptg keretapi tiba di stesyen. Aku dan Iman terus naik dan mencari nombor kerusi. Gerabak kami adalah gerabak yang terakhir . Terpaksalah aku terimanya dgn hati yg tak berapa terbuka kerana inilah resiko beli tiket last minit dan dapat gerabak tambahan yang ekonomi lagisss.. Kerusi tak boleh diturunkan utk tidur...eee hampeh betui la.








Keretapi tiba






Tahun depan Hakim pulak pergi ya!!




Keretapi dah tiba




Cepat la berhenti. Tak sabar la nak naik ni

Iman tetap tersenyum walaupun kerusi tk boleh diturunkan. Sakit pinggang2....


Lega dapt naik...inilah muka excited hehehe

Pukul 1.00 pg ..mata masih belum rasa mengantuk..Iman mengajak ku ke kantin. Aku terpaksa setuju kerana ini adalah kali pertama iman naik keretapi. Kalau ikutkan hati malas jgk nak ke kantin sbb aku terpaksa melepasi 5 gerabak untuk sampai ke kantin.  Kat kantin tak ramai la sgt. Aku order teh tarik dan Iman order nescafe Beng serta maggi rebus. Mmg aku tak puas hati sbb teh tarik aku order tu terlalu cair ,tak rasa teh langsung. Semacam minum air susu saja. Sama jgk dgn nescafe & manggi...hampehhhh...Pasal harga tu tidaklah aku pertikai kalau sedap. Kos RM9.oo .



sodapnyer maggi ni sbb mahal hehehe

Amboi lenanya bila perut tu dah kenyang ,sampai tak sedar apa pun.....




sakitnya leher aku tp tak palah asalkan dpt tidur

Lebih kurang pukul 8.30 pagi aku sampai kat KL Sentral.




alahai sampai jgk aku kat KL


Sempat pergi ke IKEA..Gila tengok barang2 kat sana...




anggaplah ini rumahku syurgaku....hehehe






Fuyyooo mcm2 adaaaa.Kalau kt rumah ni tentu seronok



Aku jgk sempat ke Mid Valley. Nasib baik ada anak sulung ku. Dapat jgk mmbawa aku pusing KL.



rehat jap letih berjalan2














mengerlipnya pokok tu..tumpang bergambor sikit









ooo begini rasanya naik LRT. Baru ku tahuuuu

Aku duk kat hotel  Mackt Comfort Inn. Hotel ni terletak di Masjid India dan betul2 di area strategik. Hotelnya oklah tapi bagi aku agak kurang selesa kerana agak kurang bersih dan bilik air tu pula ada tab mandi tapi tak boleh guna kerana tak ada air. Dalam bilik mandi di sediakan baldi. hehehe..Ini pertama kali aku tengok hotel sediakan baldi dan penyedok air. 





Depan Hotel
Kat depan hotel penuh dengan peniaga2. Macam2 adaaaa...Tudung dan Jersi pun banyak dijual . Begitu jgk dengan kain pasang. Pada malam pulak bolehlah ronda2 kat masjid India





Snap dari bilik hotel.
 Inilah rupa hotel RM100. Pada ari aku kat sana tu wifi hanya boleh guna kat lobi jer kerana pihak hotel ada buat sedikit pembaikpulih sistem. Frust jgk...Lobinya tu sempit sgt. Takkan nak berdiri kat situ bila nak guna wifi.



bilik hotel




mcm mana posing ni ok tak...hensem tak hehehe





jap lagi nak ronda kat mana pulak yerk ..






mcm nak gi oversea la pulak aku ni







posing skit



Lambatnya nak check in...tak sabar ler





posing sikit dua beranak





Semua penduduk KL tengoklah aku nak naik flight ni...Kelate tunggulah kepulanganku..