Monday 24 December 2012

Makanan Musim Banjir

Kebiasaannya bulan Nov dah mula banjir tapi tahun ni lain skit, bulan Disember hujan mulai turun dgn lebatnya. Ini dah masuk seminggu cuaca mendung dan hujan . Biasanya pada cuaca begini orang2 Kelate akan cari  :-

Ikan budu ni bukannya diperbuat dari ikan dan budu tapi ikan diperap dengan garam kasar untuk jangka masa yg lama. Biasanya ikan kembung dan ikan aya /tongkol akan dibuat ikan budu. Ikan budu boleh digoreng dengan telor dadar. Caranya : ambil isi ikan sikit carik2kan sikit, telur , lada kering & bawang merah (tumbuk ) Kemudian campurkan kedua2nya kacau hingga rata.Jangan tambah garam sbb telur tu masin dengan ikan budu tersebut. Pastu goreng jerlah. Ikan budu jgk boleh digoreng bersama kailan. Rasanya lebih kurang sama saja dengan kailan goreng asli.

Ikan Budu

ikan budu digoreng bersama telor





Kebiasaan pasar kat Kelate terutama kawasan luar bandar  terdapat banyak ikan2 darat (ikan sawah )yang dijual. Bila banjir ramai orang menahan pukat kat kawasan sawah @ kawasan yang ditenggelami air. Sekali angkat pukat terdapat 10 @ 15 ekor ikan yang terdiri dari ikan puyu ,ikan haruan, ikan keli ,ikan sepat dan banyak lagi. Pendek kata musim banjir ni mmg tak payah beli ikan ler bagi sapa2 yg suka menahan pukat.  


Ikan darat
 Macam2 jenis ubi ada dijual di setiap pasar. Ubi kayu biasanya direbus dn dicecah dgn kelapa.Ada jgk dibuat kuih putu halba. Caranya mesin ubi kayu dan diperah smpai kering dan dikukus dalam acuan berintikan gula merah. Mmg mendapat perhatianlah musim ni tp kalu cuaca panas mmg amat kurang sambutannya.


Ubi Kayu
Inilah rupa putu halba. Sedap dimakan dikala hujan....fuhhhh !!!!




Ubi badak,ubi keling dan ubi itik biasanya direbus saja dan dimakan begitu saja. Sememangnya sedappp.
ubi badak & Ubi keling/kamili