Friday 30 November 2012

SWEET BEACH RESORT


Kami bertolak dari Wakaf Bharu pkl 10 pagi. Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami sampai ke destinasi iaitu Sweet Beach Resort .  Anak2 dah mula exited bila tengok kolam. Bila siap check in kami terus masuk bilik. Keadaan bilik selesa dengan 2 katil double. Tapi sorrylah aku lupa nak ambik pic bilik tu.
Anak2 dah mula riuh rendah cari baju mandi.Bila dah siap berpakaian mandi mereka terus ke kolam ,kebetulan bilik aku mengadap kolam. So apa lagi mereka terus terjun .......


Masing2 ceria dan gembira ibarat itik jumpa air.. Macam2 cara terjunan di buat. Memang puas hatilah diorang tu.



Bila dah sejuk dan puas berendam mulalah duduk ditepi-tepi kolam. Berjemurlah konon-kononnya..hehehe
Tapi kami kaum2 ibubapa ni tak lepaskan peluang untuk main kolam jgk. Dalam hati tu meronta2 mcm anak2  juga nak mandi kolam tapi buat2 jual mahal la konon.hehehe. Tapi bila jumpa air tu lebih dari budak2 . Kalau tak caya tengoklah pic dibawah ni.



  Ini dikatakan orang tua jadi budak balik. Perangainya lebih teruk dari budak la...Tapi seronok jgk jadi budak sekali sekala.hehehe




Hubby pun tak lepas peluang main kolam. Konon-kononnya nak temankan Adam main kolam .


Lebih kurang pkl 4.00 ptg kami buat acara sukan ler pulak. Siap main bola tu...Nasib baik cuaca pun redup jer tak le panas sgt.
Aku pemerhati jer ....mmmmm

Tak tahan ler ...last2 aku jadi Khairul Fahmi Che Mat...Penjaga gol...hahahaha
Hubby nak Aliff anakku menjadi pemerhati pulak...


Lebih kurang pkl 5.30 ptg kami yang tua2 ni  mula beransur2 bersiap ukt solat asar. Rehat kejap . Kaum bapa mula buat persiapan tempat untuk BBQ.Seronoknya kat SBR ni ,pihak resort tidak mengenakan sebarang caj untuk alat BBQ. Tapi di resort lain dikenakan RM50 untuk satu alat BBQ. Ini dikira sudah save la.
 Selepas maghrib kami semua mula berkumpul di kawasan BBQ. Masing2 dah lapar maklumlah sehari berendam dlm kolam tanpa makan. Bila keluar kolam baru terasa lapar.

Masing2 excited tunggu ayam bakar .Sambil2 tu siap posing lagi.


Malam tu kitorang makan dengan penuh selera cuma sorilah sampai terlupa nak snap pic kerana terlalu lapar ...hehehe ...Majlis BBQ tu tamat lebih kurang pkl 10.00mlm. Kami berehat dgn penuh kekenyangan.Esok masih ada ..hehehe

Esok pagi lebih kurang pkl 8.00 pagi kami menjadi selera di restorannya. Kat SBR juga tak  berkira pasal makanan.Biasanya kat resort lain hanya 2 orang saja dapat makan pagi tanpa bayaran tapi kat sini semua keluarga kita kat sini dapat makan walaupun menunya hanyalah nasi lemak. Tapi kami rasa berpuas hati sbb kami tidak perlu memikirkan kat mana nak cari makan . Tambahan bagi kami yang bilangan keluarga yang ramai rasa2nya kalu tapau nasi (nasi bungkus ) banyak jgk ler RM kena keluar...So sekali lagi save budget kami.

Lebih kurang pukul 11.00 kami mula berkemas untuk check out. Sebelum tu sempat lagi kami berposing hehehe...tengok pic ini.
Pic diatas tu depan kolam dan depan bilikku.

Sama jugak dengan yang ni berposing habis2an...Insyaallah lain kali kita datang lagi ....SwEEt BeAch ReSorT....SaYoNaRA....



Saturday 24 November 2012

KEJAYAAN PUTERI SULUNG KAMI


Pada tanggal 16hb. October 2012 adalah tarikh bersejarah buat puteri sulung kami kerana tarikh keramat ini adalah majlis convocationnya. Tahniah kakak dan terima kasih kerana kakak telah menunjuk tauladan yang baik pada adik2. Bila berada didalam kerjaya tu kerjalah dengan penuh tanggungjawab. Jadi kerja itu satu ibadah..


Ikutilah suasana di majlis tersebut dengan gambar2 yang diambil.


Bergambar sekeluarga. Masing2 dah moyok keletihan sbb tunggu lama sangat.


Bergambar bersama ayahanda tersayang.





Amboi ....glamerlah Abe ni .....Kak...betapa bangganya ayah...Itulah kata2 yang tidak terucap dari seorang ayah.

Aku pun nak tumpang glamer ler jgk. Maklumlah pertama kali hadir di Majlis Konvo....hehehe.
Terima kasih kak kerana buat kami bangga... Insyaallah ini akan menjadi pendorong buat adik2....










Bergambar kenang-kenangan bersama kawan2 seperjuangan....


Kesian anak2ku tertidur kerana terpaksa menunggu di musalla .Ini sebabkan  hanya ibubapa saja yang dibenarkan masuk ke dewan.



Nyenyaknyer tidorrrrr...siap berdengkur lagi.












Kenangan Kami Sekeluarga.......





Friday 16 November 2012

BERCUTI DI TAIPING

16hb. Okt. 2012

Kami sampai di Taiping lebih kurang 4.oo ptg.Tibanya di sana kami terus ke homestay kat taman perumahan. Aku pun dah lupa nama taman tu. Homestay ni kami dah booking awal2 lagi. Sesampainya kami kat homestay tu kami solat dan berehat sekejap. Lebih kurang pkl 5.30 ptg  kami mula gerak ke Taman Tasik Taiping. Permandangannya cantik sekali.Tenang jer tasiknya setenang jiwaku..kononnyalah...hehehe. Tapi mmg damai laaa. Aku dan hubby serta anak bongsu sempat lagi brposing dpn tasik.

Ini adalah putera sulungku Abd Qayyum Iman. Umurnya dah 12 thn.Control macho nampak hehehe...






Ini pulak putera ke2 dan ke3 ku.  Yang baju color merah tu puteraku yg ke2 namanya Mohd Danish Hakim . Berumur 11 thn dan baju warna hijau tu anak ke3 ku nama yang diberi Mohd Aliff Ashraaf , berumur 7 thn. Mrklah yang akan jadi model sasaranku bila nak bergambar.



Bila kami dah habis brgambar kat taman tasik ni kami akan pergi ke suatu tempat makan yang popular la jgk. Cuba teka kat mana ya...Hehehe. Tempat yg kami nak pergi tu agak jauh la jgk .Lebih kurang 45 minit dari Taiping. Sesampainya kami ke sana kami terus order jer...Korang tengoklah pic tu sendiri....apa yang kami order....


Perghhhhh.....sedapppp. Mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang.Mmg puas hati laaaa.Aku dan hubby order Mee Udang Special (RM11 ). Putera2 ku order yang biasa (RM7 ) jer. Itu pun mereka amat2 berpuas hati. Maklumlah walaupun yang biasa tapi satu pinggan ada 7@8 ekor udang. Kalau tak percaya korang tengok pic di bawah.







Memang puas hatilah makan kat sana. Kos makan ari ni RM50. Berbaloiii...Selepas selesai makan kami bertolak bali ke homestay kami untuk berehat....esok kami nak jalan2 lagi..

Pagi2 lagi putera2 ku dah bangun dan bersiap .Biasanya jenuh aku kejut , susah betul nk bangun. Kami gerak pkl 8.30 pg menuju ke Zoo Taiping. Sampai kat sana kaunter tiket baru buka. Tiket dewasa RM12 dan kanak2 RM8. Putera2 ku begitu excited sgt2.Maklumlah kat negeriku tercinta  Kelate tak der zoo. Kami mula jelajahi zoo yang luas tu. Jom kita layannn pic di bawah.....



Putera bongsu begitu  teruja bila melihat monyet di depan matanya sendiri. Beliau betul2 gembira sangat2. Begitu jgk dgn putera2ku yang lain, masing2 menghayati setiap apa yang dilihatnya kat zoo .




Aliff ... kawan tu nak jgk makan jajan tu...hehehe



Amboi.....Adammm  pandainya cari kawan , siap  bertanya khabar lagi.hahaha





Berposing dgn zirafah dan kuda belang.







Adam wat ape tu...Ramainya kawan2 adik adam....





Bergambar dgn Raja hutan..Lepas gian sbb tak dapt bergambar dgn yang ori  .








So berakhirlah episod Zoo. Kesimpulan yang aku dapat kat sini ialah putera2 ku happy dan berpuas hati. Tapi apa yang aku nak bagitahu kat sini  keadaan zoo yang kurang terurus dan agak kotor. Yang lain semua ok. Kami keluar dari zoo lebih kurang 11 pg. Perut kami mula berkeroncong..jadi kami kena isi dulu. Kami mula gerak ke Bukit Merah Resort.  Dalam perjalanan ke sana kami singgah makan betul dekat dengan trafik light. Restoran ni berhampiran dgn Resort Bukit Merah .Hampir 1 jam perjalanan ke sana. Sesampainya kami di restoran tu apa lagi terus ler isi perut yang dah minta di isi. Makanan kat situ oklah jugak. Harganya agak murah dan lauknya memang banyak pilihan dan layan diri... Kosnya RM25.
Bila dah kenyang kami mulalah gerak ke resort . Putera2ku tak sabar nak main air.Biasalah budak2 mmg seronok bila bertemu dgn air ni..Pakaian mandi mereka tu awal2 dah siap.  Excited ler katakan...Air muka tu penuh dgn seyuman jer...



So sampailah kami di tempat yang diidam2kan oleh putera2ku...Mereka betul teruja. Wajah masing2 tu mmg excited sangat2. Kami beli tiket dewasa RM35 dan kanak2 RM28 kalau tak silap aku ler. Dah lupa la plk hehehe...Kat sini dia dah sediakan loker berbayar , itupun aku lupa la...tapi tk sampai RM10.


Seronok bukan main lagi diorang main ombak...




Putera sulongku menjadi bibik...hehehe




Seronoknya sampai tertidur ke cayang oiii...Adik Adam tu bebas ler tak dok bibik...hehehe


Amboi Hakim...seronoknya main air tak lepas peluang pulak hubby aku tu...

Santai nampak empat beranak ni....

Suasana meriah......

Cepat sikit adik...ayah nok gi main air kat sana pulak....

Adik Adam dok diam ler ...Jangan ler nangis, ayah tak puas lagi main air ni....



Masa bersiram bersiap sedia untuk pulang....


Eeeee tak puas lagi ler main air dah nak balik ler pulak...

Lebih kurang pkl 5.00ptg kami bersiap utk balik ke Taiping...Putera2ku nampak tak puas lagi nak main air...Tak apalah sayang lain kali kita datang lagi tapi kita pergi kat Tambun @ Gambang pula...Insyaallah bila ada rezeki ...



Keesokan pagi2 lagi dlm pkl 7.30pagi kami bertolak balik ke Kelate..Hubby ku drive pun santai2 jer...seronok la pulak tak rushing..Kami berhenti rehat di atas bukit Banjaran Titiwangsa..Sejukkk plk ari tu sbb hujan renyai2..sempat lagi putera sulongku bergambar bersama Adam. Kat sini sdg upgared. Nampak selesa sikit. Tandas pun dah ok sangat. 

Kami sampai Kelate sempat lagi singgah kat Rantau Panjang . Putera2 ku siap beli kasut bola..Kesimpulan aku rasa percutian kali ini betul2 memberi kepuasan buat kami sekeluarga...Insyaallah jika ada rezeki kami akan bercuti kat negeri lain pulak...Ok